Majlis Kesyukuran di PUTRA

29 May 2010 · 0 comments

Program: Majlis Kesyukuran untuk Demonstrans yang dibebaskan oleh pihak mahkamah (Himpunan BERSIH)

Tarikh: 20 Mei 2010

Terima kasih kepada semua yang hadir.



Majlis dimulakan dengan kuliah yang sampaikan oleh al-Fadhil Us Nasrudin Thantawi (KP DPPP). "Perjuangan memerlukan pengorbanan."



Para hadirin yang hadir memberikan perhatian kepada kuliah yang disampaikan.



Yang Di Pertua PAS Kaw Indera Mahkota (Nasrun Amir) turut hadir bersama dengan hadirin yang lain.

Disebalik tabir. AJK penyediaan makanan yang komited


Ucapan oleh YDP Indera Mahkota, Nasrun Amir memberikan kata-kata semangat kepada para pendokong PAS sekaligus menjemput semua untuk menikmati hidangan (2 ekor kambing tumbang)


Baca seterusnya...

Judi bola: Pemuda PAS cabar Perkasa debat terbuka

27 May 2010 · 0 comments

Ditulis oleh Harakahdaily
TUESDAY, 25 Mei 2010 03:27


KUALA LUMPUR, 25 Mei - Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) mencabar Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berdebat secara terbuka mengenai isu lesen judi bola sepak Piala Dunia 2010 yang diluluskan oleh Kerajaan Umno BN.


Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, tajuk yang dicadangkan ialah ‘Kemungkaran Judi Bertambah Dalam Negara: Tanggungjawab Siapa?’.

Beliau berkata, DPPP bersiap sedia untuk berdebat dengan Perkasa dan menyerahkan kepada mereka untuk menentukan tempat dan tarikh asalkan tidak melibatkan tarikh muktamar PAS pada Jun ini.

"Saya cabar Perkasa untuk mengatur satu sesi debat perdana secara terbuka antara Perkasa dengan Dewan Pemuda PAS.

"DPPP bersedia di stadium mana, padang atau dewan mana. Tarikh, DPPP serahkan kepada Perkasa asalkan jangan jatuh pada hari PAS melangsungkan muktamar tahunannya pada 9 hingga 13 Jun ini," katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Harakahdaily.

Perkasa yang dipengerusikan Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali sebelum ini mencabar DPPP mendesak Pakatan Rakyat menghapuskan lesen judi di negeri yang ditadbirnya.

Bagaimanapun, DPPP berkata, soal pemberian dan kelulusan lesen judi adalah di bawah bidang kuasa kerajaan Pusat menerusi Kementerian Kewangan.

DPPP, ujarnya terus konsisten membantah tindakan kerajaan meluluskan lesen judi bola sepak Piala Dunia yang akan bermula Jun ini.

Sehubungan itu, DPPP akan mengadakan himpunan besar-besaran bagi membantah tindakan itu.

Satu memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong juga akan diserahkan pada himpunan tersebut.

Jumaat lepas, DPP setiap negeri mengadakan bantahan di negeri masing-masing selepas solat Jumaat sebagai protes terhadap kerajaan yang meluluskan judi bola sepak itu.


Baca seterusnya...

ADA JUGA JUDI YANG HALAL???

22 May 2010 · 0 comments

"Apa pun dalam Islam judi tetap haram. Tak ada istilah judi halal, kalau judi tetap haram. Nak guna alasan untuk sekat kegiatan judi haram bukan itu caranya. Selama ini pun kerajaan telah luluskan banyak lesen judi tetapi judi tanpa lesen tetap berlaku. Kita tak boleh terima itu, kita bantah keras,”

-Tuan Ibrahim Tuan Man
(Naib Presiden PAS)


Baca seterusnya...

PAS terus beri sokongan dalam isu Palestin

20 May 2010 · 0 comments

Ditulis oleh Harakahdaily
MONDAY, 17 Mei 2010 01:11

KUALA LUMPUR, 17 Mei - Ustaz Nasharuddin Mat Isa menegaskan bahawa PAS telah dan akan terus memberikan sokongan dalam isu Palestin pada kadar kemampuan yang dimiliki. Beliau menyatakan demikian di dalam pertemuan dengan pemimpin utama Hamas, Khaled Misy'al di Damsyik, baru-baru ini.

Turut serta pada pertemuan itu ialah Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi selaku Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS.

Menurut Timbalan Presiden PAS itu, dalam pertemuan itu, beberapa isu besar telah dibincangkan termasuklah perkembangan terkini keadaan di Palestin khasnya di Gaza.

Katanya, Khaled telah merakamkan sekali ucapan terima kasihnya mewakili Hamas dan rakyat Palestin kepada PAS dan rakyat Malaysia melalui agensi rasmi ataupun NGO yang sentiasa bersama dengan rakyat Palestin.Add Image

“Beliau amat menghargai sumbangan-sumbangan yang telah diberikan dan yang lebih penting dari itu adalah pendirian yang tidak berbelah bagi PAS dan rakyat Malaysia dalam isu isu di Palestin,” ujarnya kepada Harakahdaily, pagi ini.

Tambahnya, Khaled menjelaskan kepada ahli-ahli PAS bahawa qadiah (permasalahan) Palestin adalah keutamaan, kedua selepas kerja-kerja Islam dan parti di Malaysia yang harus diberikan tumpuan.

“Saya telah menegaskan bahawa bagi pihak PAS, kita telah dan akan terus memberikan sokongan dalam isu Palestin pada kadar kemampuan yang kita miliki,” ujarnya.


Baca seterusnya...

Sekat program cetus ketegangan kaum - DPP Pusat

19 May 2010 · 0 comments

Ditulis oleh Harakahdaily
WEDNESDAY, 12 Mei 2010 06:31

KUALA LUMPUR, 12 Mei - Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menuntut agar program seperti perhimpunan ‘Melayu Bangkit’ tidak lagi dipertimbangkan malah harus disekat daripada merebak sehingga boleh menjadi penyebab akan satu lagi peristiwa berdarah antara kaum berlaku.

Sehubungan itu, ketuanya, Nasrudin Hassan at-Tantawi menyatakan rasa kesal terhadap program yang akan diadakan pada 13 Mei 2010 di Stadium Tertutup Gong Badak yang diberi nama ‘Melayu Bangkit’ yang akan dianjurkan oleh badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) dengan kerjasama Institut Integriti Malaysia (IIM) cawangan Terengganu.
Program yang dijangka akan dihadiri oleh 10,000 peserta dengan menjemput mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai penyampai ucaptama.

Katanya, program itu jelas berunsurkan perkauman dengan mengambil sempena ‘Peristiwa Berdarah 13 Mei 1969’ yang mana telah mencetuskan satu ketegangan antara kaum yang menjadi satu titik hitam di dalam sejarah Malaysia adalah tidak wajar jika program ini diteruskan ketika Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak sibuk melaungkan slogan ‘Satu Malaysia’ yang mana lebih menumpukan kepada perpaduan kaum.

“DPPP juga membantah penglibatan IIM di dalam program ini kerana IIM yang juga merupakan sebuah badan kerajaan yang sepatutnya bertindak rasional di dalam isu ini tidak seharusnya menyertai program yang bersifat perkauman ini.

“Program ini amat merbahaya dan patut diharamkan kerana ia akan mengganggu keharmonian antara kaum yang wujud di negara kita. Sebagai sebuah badan kerajaan, sepatutnya IIM menghalang program-program yang berbentuk seperti ini bukannya sama-sama menjayakan,” ujarnya dalam memorandum bantahan penglibatan IIM di dalam perhimpunan itu.

Memorandum itu diserahkan oleh Setiausaha DPPP, Kamaruzaman Mohamad kepada Pengerusi IIM, Datuk Dr Mat Tap Salleh di pejabatnya di Menara Integriti Jalan Duta, di sini, pagi ini.

Nasrudin menambah, DPPP membantah sekeras-kerasnya perlaksanaan program itu dan juga penglibatan IIM secara langsung atau tidak langsung.

Beliau mendesak agar program itu dibatalkan demi kesejahteraan dan keharmonian kaum yang ada di Malaysia ini.

“DPPP juga menuntut agar program-program seperti ini tidak lagi dipertimbangkan malah harus disekat daripada merebak sehingga boleh menjadi penyebab akan satu lagi peristiwa berdarah antara kaum berlaku,” ujarnya lagi.


Baca seterusnya...

Tegur pemimpin parti biar beradab

01 May 2010 · 0 comments

Ditulis oleh Harakahdaily
SUNDAY, 02 Mei 2010 02:47

MARANG, 2 Mei - Ahli-ahli PAS diiingatkan agar beradab ketika menegur pemimpin parti dengan menggunakan saluran yang betul dan bukan di alam maya.

Platform seperti muktamar atau mesyuarat agung parti merupakan tempat yang paling sesuai ketika menegur atau memberi pandangan.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata ahli-ahli PAS boleh memberi pandangan dan teguran kepada pimpinan parti tetapi mesti menggunakan saluran yang betul.
“Kita (ahli PAS) boleh beri pandangan, teguran dan nasihat kepada pimpinan parti tetapi atas platform yang betul.

“Kritikan kita bukan di blog atau di alam maya yang boleh dilihat oleh semua orang termasuk musuh-musuh Islam,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu kali ke-41 di Dewan Banat, Rusila, semalam.
Menurutnya, kecenderungan manusia menggunakan kemudahan teknologi maklumat mendorong kepada kritikan terbuka melalui blog-blog di alam maya.

Akhirnya, kata Ustaz Idris, perbuatan tersebut boleh mengundang perselisihan serta perpecahan sesama sendiri di dalam parti.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh, Exco Pemuda PAS Pusat, Ustaz Khairil Nizam Khairuddin dan Ketua Pemuda PAS negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah.


Baca seterusnya...

Pesuruh Jaya PAS Pahang

Pesuruh Jaya PAS Pahang
Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

Ketua Pemuda Pas Pahang

Ketua Pemuda Pas Pahang
Ustaz Suhaimi Saad

2 Tuan Guru

2 Tuan Guru
Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat & Tuan Guru Hadi Awang

Blog Pimpinan



Sahabat

Arkib Blog

Mari Berbicara


ShoutMix chat widget