Ceramah Aidilfitri

26 September 2010 · 0 comments

Bersama memeriahkan program ceramah ini...



Baca seterusnya...

Jambori Amal Kaw Indera Mahkota 2010

21 September 2010 · 0 comments

Jom sertai Jambori Amal...



(Klik pada gambar untuk lebih jelas)


Baca seterusnya...

Menyediakan platform untuk Pakatan Rakyat kuasai Putrajaya

17 September 2010 · 0 comments

Ditulis oleh mohdrashidi.blogspot.com
TUESDAY, 17 AUGUST 2010 10:39

PAS harus mengelakkan dilabel sama dengan Umno. Pemimpin PAS harus mempunyai akhlak Islam, berintegriti, jujur dan komited dengan perjuangan. Itulah penegasan Salahuddin Ayub yang turut mencetuskan idea-idea bagaimana Pakatan Rakyat harus menyediakan platform untuk menguasai Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti. Ikuti wawancara wakil HARAKAH, MOHD RASHIDI HASSAN dan WAN NORDIN WAN YAACOB serta jurufoto WAN ZAHARI WAN SALLEH bersama, Naib Presiden PAS itu, di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut 16 Ogos lalu.

Umum melihat perlunya ada perubahan dalam negara, misalnya soal intergriti pemimpin Umno yang semakin korup, adakan Pakatan Rakyat dan PAS ada barisan pelapis yang tidak dilihat seperti Umno yang mana tidak akan mengulangi trend Umno jika kita memerintah negara suatu hari nanti?

Itu perkara besar dan sangat serius. PAS menyatakan kita akan meruntuhkan jahiliyah dan dirikan Islam di atasnya, tetapi kalau kita meruntuhkan jahiliyah tetapi kita juga jadi jahiliyah, apalah bezanya makna perjuangan kita.

Bagi saya pengalaman kita di Kelantan ini tidak cukup hanya dengan kehebatan Tok Guru tetapi akhlak kepimpinan Tok Guru itu mesti diturunkan oleh bakal pemimpin PAS yang akan mengambil alih nanti.

Begitulah yang PAS perlu lihat melahirkan kepimpinan yang boleh diyakini dan berintergiriti. Ia ada dua aspek di sini, pertamanya penonjolan barisan kepimpinan yang berintergriti, komited dengan janji kita, kita mesti bina hubungan sebaik mungkin dengan semua pihak, dan kita mesti lihatkan akhlak Islam yang sebenarnya.

Yang lebih penting kita dapat membentuk suatu persepsi yang lebih baik di kalangan masyarakat berbanding Umno. Jika apa sahaja berlaku kepada Umno, persepsi rakyat perlu kita betulkan bahawa hanya pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat sahajalah yang boleh diberikan harapan, ini tanggungjawab besar, saya percaya ia bukan boleh diungkap dengan slogan sahaja tetapi memerlukan masa dan ruang.

Kita kena tunjukkan keupayaan kita. Inilah cabaran yang perlu dilalui PAS, jangan ada persepsi di kalangan rakyat bila kita diberikan peluang berkuasa jangan kita jadi sama macam Umno, kita harap persepsi itu jangan berlaku. Cara untuk kita atasi masalah itu ialah dengan komitmen kita yang bersungguh dengan dasar perjuangan Islam menjadi teras kepada perjuangan kita. Kita perlu jujur, telus dan komited terhadap perjuangan kita dalam membela hak-hak rakyat.

Ini suatu selepas 2008 sampai PRU-13, ini suatu ruang waktu yang perlu dan sangat rakyat mahu lihat kewibawaan, keikhlasan dan ketelusan pemimpin PAS dalam tangani isu-isu yang berlaku dalam negara kita, sama ada di peringkat negeri yang kita perintah mahupun isu nasiona, di Parlimen yang mana kita menjadi barisan alternatif kepada kerajaan yang ada hari ini.

Saudara ada menyebut soal aspirasi menuju Putrajaya, PAS mesti menerajui perjuangan itu, boleh ulas lanjut?

Itu dalam konteks lain, saya secara positifnya mahu ahli dan kepimpinan PAS bersaing secara sihat bersama rakan-rakan kita dalam Pakatan Rakyat bagi mengelak suatu tindakan yang boleh menjahanamkan agenda dan kita membina suatu keyakinan diri, kepimpinan dan ahli serta keyakinan rakyat kepada PAS.

PAS juga mestilah berani untuk bertanggungjawab dan mampu dilihat rakyat kita lebih baik datipada Umno BN, dan saya ulangi gagasan Presiden PAS bahawa beliau berani menyatakan hari ini PAS bersedia menggantikan Umno".

Itu satu cabaran besar dan kita kena buat garis panduan yang jelas dan rakyat boleh lihat beza ini PAS ini Umno, dalam konteks kebaikan dan gagasan kepimpinan PAS kepada rakyat. Jika kita kata kita lebih baik dari Umno saya tak katakan kononnya kita bermusuh dan mengetepikan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, sebaliknya kita bersang secara positif kukuhkan kedudukan dan kualiti kepimpinan dan memperkasa integriti parti kita.

Rakyat sering diberi gambaran oleh media Umno-BN bagaimana PAS boleh bersama DAP sedangkan dasar yang sangat berbeza?

Itu soalan yang sangat menarik yang saya telah teliti soalan itu sekian lamanya, jadi saya ingin memberikan jawapan bahawa Kalau DAP menerima PAS dengan gagasan dasar Islam bukanlah DAP namanya.

Kalau PAS gugurkan dasar Islam yang termaktub dalam dasar kita, itu bukan PAS lah namanya. Tetapi wujudnya dua entiti DAP dan dasar PAS ini yang orang kata tak mungkin dengan dasar berbeza ini boleh bersama, tetapi apa yang uniknya ialah walaupun dengan dasar yang berbeza ini PAS tidak pernah menarik diri dari Pakatan Rakyat begitu juga DAP tidak pernah menarik diri dari Pakatan Rakyat.

Sebaliknya, banyak garis persamaan yang telah dan kita bersama perjuangkan. Inilah yang uniknya dua parti yang jelas dasarnya berbeza tetapi kita duduk dan kongsi dalam terlalu banyak dasar-dasar umum yang boleh menunjukkan kebersamaan kita, dalam konbteks memerangi rasuah, good governance dan dalam konteks menentang kezaliman Umno-BN.

Kita perjuang soal ketelusan, perjuangkan soal keadilan, mahu urus tadbir yang baik, ini semua kerjasama yang Islam tidak pernah larang untuk kita bersama dalam konteks kerjasama.

Walaupun PAS tidak akan pernah mahu mengubah dasar Islam, dan DAP dengan dasarnya, tidak bermakna kita keluar dari Pakatan Rakyat dan terpisah tetapi dinamiknya kita boleh bersama dalam Pakatan Rakyat hingga hari ini.

Mengenai gagasan Presiden PAS dalam menggantikan Umno, ada yang mungkin akan menyalahertikan kononnya PAS hanya akan menumpukan kepada Melayu sahaja sedangkan PAS kini menerima sokongan bukan Islam?

Kita telah dianugerahkan dengan suatu keadaan pada pilihan raya umum (PRU) 2008 pertama kalinya bukan Islam mengundi PAS, dan memberikan kemenangan kepada kita terutamanya di Wilayah Persekutuan dan Selangor. Ini pertolongan Allah kepada pejuang Islam.

Kini kita ada produk Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang mana gerakan Islam lain di peringkat antarabangsa pun boleh kagum dengan produk baru PAS ini yang mana kita boleh ada entiti bukan Islam yang menyokong kita.

Sebuah parti Islam ada sebahagian yang bukan Islam berkongsi dasar dengan kita.Ini tak pernah terusik selagi kita jaga mereka, pastikan hak dan lindungi metreka, dan hak mereka ini ditunaikan.

Soal undi Melayu ini, saya rasa kita tidak boleh meninggalkan 'core business' yang kita pegang sejak dahulu, ini hard core kita, kita tak boleh lupakan ini. Bagi saya inilah yang saya sebut "yang kita kejar biar dapat, yang kita kendong jangan keciciran".

Suatu pendekatan politik yang sangat bijak oleh kepimpinan PAS yang ada hari ini. Walaupun kita perlukan undi asas kita tetapi kita tak boleh lupakan pengundi bukan Islam kepada kita.

Saya rasa PAS harus berlaku adil kepada semua segmen dalam masyarakat yang mendukung kita dan berikan suatu penghormatan dan dukungan kepada kita hari ini.

Mutakhir ini kita lihat pergolankan dan gelodak dalam Umno kononnya Dato' Seri Najib Tun Razak dilihat keseorang, sementara Tan Sri Muhyiddin di belakangnya mula menyerang dasar-dasarnya, apa pandangan saudara?

Itu bukan perkara baru dalam Umno, pergeseran itu berlaku sejak zaman Tun Hussein Onn sebagai Perdana Menteri dahulu, Tun Dr Mahathir selaku orang nombor dua ketika itu mula membuat perkara yang menyebabkan akhirnya Tun Hussein terpaksa letak jawatan, dan pada zaman Mahathir juga banyak kita saksikan timbalannya terkorban sehingga kita saksikan Umno ketika itu kepimpinannya tidak dinamik, yang menjadi mangsa era Abdullah (Tun Abdullah Ahmad Badawi), di mana Muhyiddin (Tan Sri Muhyiddin Yassin) juga memainkan peranan memastikan Abdullah tidak lagi menjadi PM, dan sekarang ini sama juga dengan Najib dan itu tak akan menjadi pelik berlaku dalam Umno kerana sebelum inipun banyak tokoh-tokoh dalam Umno terkorban dan terbuang antaranya Tun Musa Hitam dan Dato' Seri Anwar Ibrahim yang tersingkir akibat pertarungan dan percaturan politik dalam Umno.

Ini sangat biasa dan sekarang ini semakin jelas terdapat usaha-usaha yang Muhyiddin rasakan sampai masanya dia perlu lihat soal beberapa kegagalan Najib dalam pentadbirannya, soal sikap 'flip-flop' Najib dan beberapa isu yang nampakkkan tidak tegasnya Najib sebagai PM.

Muhyiddin kini agresif dalam dilihat oleh sebahagian entiti Umno bahawa Muhyiddin mahu mengambil alih kerusi nombor satu itu dari Najib. Kemelut ini sedang bermula dan tidak dinafikan antara puncanya ialah Dr Mahathir. Kita tunggu dan lihat bagaimana kesudahannya nanti.

Oleh itu pada saya untuk waktu terdekat ini, kepercayaan rakyat terhadap Umno-BN sukar untuk dipulihkan. Maka ianya merupakan suatu peluang keemasan untuk kita Pakatan Rakyat memperkemaskan diri, mendapat kepercayaan rakyat untuk menuju ke Putrajaya, insya-Allah.


Baca seterusnya...

Biayai pelajar: PAS parti kaya raya

16 September 2010 · 0 comments

Ditulis oleh Harakhdaily
FRIDAY, 13 AUGUST 2010 09:36



ALOR SETAR, 13 Ogos: Ahli Parlimen Baling, Ustaz Taib Azamudden Md Taib (gambar) secara sinis menyifatkan PAS adalah sebuah parti yang kaya raya sehingga mampu membiayai pelajar di luar negara dengan perbelanjaan puluhan juta ringgit.

Sehubungan itu, beliau menyangkal dakwaan Umno yang menyifatkan PAS membiayai jutaan ringgit bagi pelajar Malaysia yang berada di luar negara termasuk Mesir bagi melahirkan pemimpin pembangkang.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Biro Umno Luar Negara, Datuk Ahmad Shabery Cheek baru-baru ini yang mendakwa PAS sanggup untuk menghabiskan puluhan juta ringgit bagi memastikan kehadiran pemimpin pembangkang di luar negara.

Menurutnya lagi, dakwaan tersebut adalah tidak benar dan berniat jahat yang bertujuan untuk membangkitkan sentimen kepartian di kalangan pelajar luar negara.

"Tuduhan ini seolah-olah membuktikan pemimpin Umno tidak matang kerana menjadikan pelajar sebagai bahan politik mereka. Sekiranya benar dakwaan tersebut, ia bererti PAS adalah sebuah parti yang kaya raya,” ujarnya yang juga AJK PAS Pusat.

Baginya, adalah tidak menghairankan kerana di mana saja ada pengajian Islam, maka Umno akan membuat tuduhan yang serupa.

Kemungkinan besar, ujarnya itu adalah kerana Umno sendiri tidak ada hubungan dengan Islam.

“Oleh kerana itu apabila adanya program berunsur Islam yang mendapat sambutan, maka ia akan terus dikaitkan dengan PAS," katanya lagi.

Beliau yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah turut menyelar kepimpinan Umno yang disifatkan tidak menyanjungi Islam apabila sanggup membuat kenyataan tidak rasional berkaitan Islam dengan tuduhan liar.

Tambahnya lagi, kenyataan sedemikan juga boleh memberi kesan negatif kepada masyarakat apabila persepsi negatif terhadap pelajar luar negara terutamanya di Mesir dijadikan sentimen dan isu politik.

Dengan tuduhan tersebut, katanya ia mempamerkan wajah sebenar Umno apabila pemimpin mereka tidak mengagungkan Islam dan sanggup untuk memperkecilkan agama.


Baca seterusnya...

Kenapa PAS pilihan saya

14 September 2010 · 0 comments

1 . Islam sebagai dasar perjuangan

Seperti yang temaktub di dalam Perlembagaan PAS Fasal 3. Dasar PAS ialah Islam, hujah ini diperkuatkan lagi melalui muqaddimah Perlembagaan PAS.

“Bahawa sesungguhnya adalah diisytiharkan demi untuk menyempurnakan taqwa kepada Allah dengan kebaktian sesama manusia yang dijadikan dengan menegakkan al-Amru bil Ma`ruf wa al-Nahyu `anil Mungkar dalam kehidupan masyarakat dan bernegara yang dinamakan Parti Islam Se-Malaysia.”

Islam yang diperjuangkan oleh PAS ialah Islam yang lengkap (syumul), merangkumi semua perkara sama ada ibadah, politik, ekonomi, akhlaq. Dalam erti kata yang lain yang merangkumi urusan hidup dan mati. PAS mahu memperjuangkan Deen wa Daulah (agama dan negara).

Justeru itu perbezaan Umno dan PAS bukan perkara solat, puasa, zakat dan haji. Tetapi perbezaannya, Umno mengamalkan Islam yang sempit. Islam pada perkara yang berhubung dengan solat, puasa dan zakat. Sedangkan penghayatan Islam oleh PAS luas merentasi daripada hubungan dengan Allah hatta dengan manusia. Islam yang diperjuangkan oleh PAS mengajar supaya semua perkara yang diamalkan di dunia akan dihitung di hadapan Allah SWT, justeru itu tidak ada pemisahan hidup dengan akhirat.

2 . PAS dipelopori oleh gerakan Ulama`

3 . PAS mementingkan dakwah dan tarbiah. Ia bukan semata-mata parti politik bergerak musim pilihanraya sahaja.

4 . PAS mampu untuk memerintah dan membawa kemajuan. Kepimpinan PAS di Kelantan dan Kedah sudah teruji.

5 . Kepimpinan yang menggabungkan ulama`, profesional dan aktivis.

6 . PAS memperjuangkan perpaduan berteraskan Islam, bukan perkauman.

7 . PAS sesuai dalam masyarakat majmuk. Buktinya peristiwa 13 Mei 1969, tidak ada pertumpahan darah di Kelantan, walaupun orang bukan melayu minoriti.

8 . PAS juga memperjuang dan mempertahankan kemerdekaan.

9 . PAS memperjuangkan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan.

10. Memimpin PAS satu amanah bukan kebanggaan.

11. PAS mementingkan kebajikan kepada rakyat supaya kekayaan hasil bumi diagih kepada rakyat yang memerlukan.

12. PAS mengambil berat kepada pembentukan akhlaq kerana ia adalah kekuatan tamaddun sebuah negara.

13. PAS berusaha mendidik rakyat celik ilmu dan tidak buta agama.

14. Perjuangan PAS menegakkan keadilan dan menentang kezaliman.

Sumber : Risalah Kempen Balik Kampung (Terbitan : Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat)


Baca seterusnya...

Singgah sahur PAS Kawasan Indera Mahkota: fasa 2

06 September 2010 · 0 comments

Program : Singgah Sahur PAS Kawasan Indera Mahkota Fasa 2

Tarikh : 2 September 2010

Alhamdulillah, setelah prgram singgah sahur fasa 1 berjaya dilaksanakan, menyusul pula program singgah sahur fasa 2.Sasaran agihan juadah sahur fasa 2 ini adalah di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, Pangkalan TLDM Padang Hangus serta Balai Pengawal Perumahan TLDM Balok Perdana.

Program kali ini menyaksikan ramai petugas yang mengambil bahagian. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Semoga program ini dapat diteruskan pada tahun akan datang.

Di kesempatan ini juga, pihak PAS Indera Mahkota ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada semua...



Menunggu kebenaran masuk ke pangkalan dengan sabar.





Pimpinan PAS Indera Mahkota bersama pegawai bertugas Pangkalan TLDM Tanjung Gelang.


Sabar dan terus sabar


Kenderaan yang banyak berjasa.


Agihan juadah sahur di Pangkalan TLDM Padang Hangus


Di pos pengawal perumahan TLDM Balok Perdana, tidak dilupakan.



Terima kasih...


Insya-Allah, tahun hadapan kami datang lagi


Selamat bertugas, selamat bersahur, selamat berpuasa dan selamat hari raya aidilfitri dari kami PAS Indera Mahkota.


Baca seterusnya...

Kerja-kerja Pembungkusan Sumbangan Hari Raya

02 September 2010 · 0 comments

Tarikh : Pada 31 Ogos 2010,
Tempat : Dewan PUTRA Balok

Terima kasih kepada semua petugas yang datang membantu. Jazakallah..





Baca seterusnya...

Singgah sahur PAS Kawasan Indera Mahkota: fasa 1

· 0 comments

Alhamdulillah, pada 25 Ogos 2010 yang lalu PAS Kawasan Indera Mahkota telah berjaya mengadakan program 'SINGGAH SAHUR', yang sasaran sumbangan juadah sahur ini tertumpu kepada Balai Bomba Gebeng, Pondok Polis Gebeng, Pondok Polis Balok dan Balai Polis Beserah.

Program ini disertai oleh YDP IM Nasrun Amir, YB Beserah Syed Mohammad, KP IM Yusri Ibrahim, Komander Amal IM Sheikh Azlan serta beberapa orang aktivis PAS.

Program ini bertujuan adalah untuk menghargai jasa pasuka keselamatan serta mengeratkan lagi ukhuwah diantara pasukan keselamatan dan PAS Kawasan Indera Mahkota.

Pihak PAS Kawasan Indera Mahkota mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Jazakallah...


























Baca seterusnya...

Sumbangan Ramadhan Penduduk RTP Bukit Goh

01 September 2010 · 0 comments

Program : Sumbangan Ramadhan Penduduk RTP Bukit Goh

Tarikh : 22 Ogos 2010

Tempat : Perkampungan Pak Aziz, RTP Bukit Goh


Alhamdulillah, satu program bantuan Ramadhan kepada penduduk yang terpilih telah diadakan di RTP Bukit Goh. Ia telah dijayakan oleh PAS Kawasan Indera Mahkota dan PKR Cabang Indera Mahkota. Pas Kawasan Indera Mahkota telah diketuai oleh YDP-nya iaitu Saudara Nasrun Amir Abdullah.


Program ini bertujuan untuk meringankan sedikit beban penduduk yang mana ketika ini agak terbeban dengan kenaikan harga barang baru-baru ini, lebih-lebih lagi untuk menyambut aidilfitri tidak lama lagi. Program ini juga diharap dapat mengeratkan lagi ukhuwah di antara PAS Kawasan Indera Mahkota serta PKR Cabang Indera Mahkota dengan penduduk setempat.


Semoga program seperti ini dapat diadakan lagi di masa-masa akan datang. Kepada para penyumbang, Pihak PAS dan PKR mengucapakan jutaan terima kasih, budi baik anda semua tidak akan kami lupakan.


Berikut merupakan titipan program yang telah dijalankan:































Baca seterusnya...

Pesuruh Jaya PAS Pahang

Pesuruh Jaya PAS Pahang
Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

Ketua Pemuda Pas Pahang

Ketua Pemuda Pas Pahang
Ustaz Suhaimi Saad

2 Tuan Guru

2 Tuan Guru
Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat & Tuan Guru Hadi Awang

Blog Pimpinan



Sahabat

Arkib Blog

Mari Berbicara


ShoutMix chat widget