CERAMAH TERKINI

24 February 2010 · 0 comments

DENGARLAH ISU-ISU TERKINI
Datanglah beramai-ramai. Bawa keluarga, bawa saudara mara, bawa kawan-kawan.


Baca seterusnya...

Pakatan Rakyat pasang Tanglung di Air Putih

16 February 2010 · 0 comments

Pada 9 Februari 2010, Pakatan Rakyat bersama membantu memasang tanglung sempena dengan Tahun Baru Cina di kawasan Air Putih, Kuantan.


Kren diperlukan untuk pemasangan di tempat tinggi



Barisan pimpinan yang turut sama bermandi peluh di bawah terik mentari
Keratan akhbar berbahasa cina yang memaparkan berita Pakatan Rakyat memasang Tanglung di Air Putih.







Baca seterusnya...

Program agihan limau oleh PAS Indera Mahkota

· 0 comments

Sempena Tahun Baru Cina, PAS Indera Mahkota telah mengadakan program agihan buah limau kepada masyarakat cina. Agihan ini dimulakan seawal jam 7.00 pagi di Tapak Pasar Pagi Air Putih. Program ini juga mendapat bantuan daripada petugas Jabatan Amal IM.



Turut bersama: YB Azan Ismail, YDP Nasrun Amir, KP Ust Suhaimi

Keceriaan jelas terpancar di wajah masing-masing.


Muslimat turut sama membantu agihan limau

Pukul 11.00 pagi rombongan PAS Indera Mahkota bergerak ke rumah warga emas Bukit Ubi untuk melengkapkan jadual agihan
Nasrun Amir (YDP IM) menyantuni seorang warga emas yang menjadi penghuni rumah itu


Syed Mohammad (YB Beserah) menyampaikan ang pau kepada salah seorang penghuni rumah tersebut.


YB Beserah bermesra dengan penghuni rumah tersebut sambil diperhatikan oleh Aziz Mohammad (TYDP IM)


Petugas PKR juga turut turun padang menjayakan program agihan di rumah warga emas Bukit Ubi.


Di antara tulang belakang program agihan limau.


Bergambar sebelum pulang.


Keratan akhbar berbahasa cina


Baca seterusnya...

Kerja-kerja pembungkusan limau untuk agihan Tahun Baru Cina

· 0 comments

Bertempat di Pusat Tarbiyyah Indera Mahkota (PUTRA), para petugas bertungkus-lumus membungkus buah-buah limau untuk agihan kepada masyarakat cina sempena dengan Tahun Baru Cina. Pembungkusan limau ini dilakukan selama 2 malam berturut-turut, iaitu pada 4 & 5 Februari.

Semangat kerjasama dan ukhuwwah yang erat dapat di lihat pada wajah para petugas.



Nasrun Amir (YDP IM) sedang memberikan kata-kata peransang kepada para petugas.


Sebahagian dari para petugas sedang membungkus buah limau.


Muslimat turut serta membantu.

Akhi Anuar pakar dalam bab potong-memotong


Apa yang penting kerjasama..!!
















Baca seterusnya...

Kerajaan Najib alami masalah kewangan serius

13 February 2010 · 0 comments

Sumber: www.pas.org.my/
Ditulis oleh Ustaz Idris Ahmad
FRIDAY, 12 FEBRUARY 2010 08:28

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melihat Kerajaan Persekutuan dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak kini berada dalam keadaan kritikal dimana Kementerian dan agensi kerajaan kini telah diarah untuk melaksanakan perbelanjaan berhemah.

Sebelum ini Kerajaan mengarahkan agar semua Pejabat kerajaan mematikan lampu dan semua peralatan elektrik diwaktu rehat sebagai langkah penjimatan bil elektrik. Kemudian Kerajaan membuat dasar mengurangkan aktiviti latihan, peperiksaan dan mengarahkan Kementerian serta Jabatan agar tidak membuat begitu banyak program di Hotel-hotel. Walaubagaimana pun arahan ini tidak semua dipatuhi. Langkah terbaru Kerajaan cuba membekukan aktiviti latihan dibeberapa jabatan.

Tahun lepas sahaja, 1 juta kakitangan awam kecewa kerana Kerajaan sudah tidak mampu membayar bonus dan Najib mengantikannya dengan wang saguhati RM 500 yang dibayar secara ansuran oleh kerajaan.

Kerajaan juga didapati telah mengeluarkan arahan tidak rasmi dibeberapa Kementerian untuk tidak memberikan bayaran berbentuk wang kepada kakitangan yang bekerja lebih masa. Pada waktu ini Kerajaan hanya membenarkan kakitangannya untuk mendapat cuti gantian memandangkan budget pengurusan telah dikurangkan.

Kerajaan turut membuat dasar mengurangkan pengambilan baru untuk kakitangan sokongan dan Profesional serta melanjutkan tempoh perkhidmatan pegawai yang sepatutnya pencen melalui skim kontrak selama 2 atau tiga tahun.

Semua kakitangan kontrak pula dijangka akan ditamatkan kontrak bermula pada bulan Mac hingga Jun ini.

PAS melihat bahawa negara bakal mengalami peningkatan kadar pengangguran yang tinggi menjelang bulan Mac ini ekoran begitu ramai kakitangan kontrak Kerajaan ditamatkan kontrak.

PAS menyarankan agar kerajaan memberikan peluang kepada Kakitangan Kontrak yang ditamatkan ini untuk menyertai GLC milik Kerajaan dan meminta syarikat-syarikat GLC ini agar mengurangkan pengambilan pekerja asing. PAS mendesak agar jumlah kemasukan pekerja asing dikurangkan disemua sektor sebelum akhir 2010.

PAS juga mahu Kerajaan menumpukan perbelanjaan mengurusan dan dalam masa yang sama mengurangkan perbelanjaan pembangunan. Projek pembangunan yang tidak perlu atau tidak mendesak wajar dibekukan pada masa ini.

Beberapa program ekonomi baru perlu diwujudkan, tetapi PAS menolak cadangan Kerajaan yang mahu memperkenalkan GST, kerana ianya tidak releven dengan keadaan ekonomi rakyat pada masa ini. Pada waktu inflasi sebegini, bantuan Kerajaan amat diperlukan tetapi jika kerajaan menaikkan cukai atau meluaskan pakej cukainya maka peningkatan harga barangan pengguna dipasaran tidak boleh dihalang. Tindakan kerajaan menarik beberapa subsidi dalam keadaan sekarang juga dilihat tidak bijak, kerana ianya tidak memberikan manfaat mutlak kepada pengeluar dan pengguna.

PAS juga hairan, kenapa Najib mengurangkan tumpuan kepada program-program pertanian yang sebelumnya diusahakan di zaman Pak Lah, tetapi lebih sibuk mengejar usaha rundingan FTA dengan negara luar khususnya Amerika. Untuk rundingan dengan Amerika sejak empat tahun yang lalu, negara telah belanjakan lebih sejuta wang rakyat, sedangkan belum ada apa-apa perjanjian yang berjaya dimeterai.

PAS berharap agar sebarang rundingan FTA dengan negara luar dibekukan buat sementara waktu memandangkan penguatkuasaan dalam negara pada masa ini terlalu lemah hingga menyebabkan negara menjadi pusat lambakan barangan dari negara China yang mengambil peluang dari perjanjian FTA-China ASEAN.

Negara akan bankrap jika Kerajaan yang dipimpin Najib gagal untuk membangunkan sumber-sumber kewangan baru dan merancang perbelanjaan kerajaan secara bijak.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat


Baca seterusnya...

Pas-Umno: Berbincang bukan bekerjasama

11 February 2010 · 0 comments

Ditulis oleh Wan Nik Wan Yussof
THURSDAY, 11 FEBRUARY 2010 01:42
Sumber: http://www.pas.org.my/


Pada Khamis, 4 Februari lepas Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan hadir ke majlis penutup Seminar Pemikiran Islam mengenai pemakaian ‘kalimah Allah’ di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa. Seminar tersebut anjuran Tabung Amanah Tok Kenali (Tatok) dengan kerjasama NGOs. Tatok merupakan sebuah badan amanah di bawah Kerajaan Negeri Kelantan yang diterajui Mohd Khir Zahri Abd Ghani.

Seminar tersebut diisi dengan forum oleh barisan ahli panel terdiri daripada Ketua Eksekutif Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Dr Johari Mat; Editor akhbar Herald, Lawrence Andrew dan dan Loo Coo Chiang mewakili penganut Buddha. Di samping sesi pembentangan kertas kerja oleh Dr. Mohamad Noor Manuty dan Wan Ji Wan Hussin.

Dalam ucapan penutup Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah memulakan dengan petikan firman Allah bermaksud:

“Rasul (Nabi Muhammad SAW) sendiri telah beriman kepada al-Quran yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya (mereka mengatakan); “Kami tidak membeza-bezakan antara seseorang pun (dengan yang lain) dari rasul-rasul-Nya,” dan mereka mengatakan; “Kami dengar dan kami taat,” (mereka berdoa); “Ampunilah kami ya Tuhan kami dan kepada Engkaulah tempat kembali. (al-Baqarah, ayat 285)
“Sesungguhnya pihak Kerajaan Negeri Kelantan dengan dasar Membangun Bersama Islam sentiasa mengamalkan toleransi dalam kehidupan masyarakat pelbagai kaum. Ia sesuai dengan amalan agama Islam sendiri yang berteraskan nilai-nilai sejagat yang boleh diterima oleh semua kaum tanpa mengira warna kulit, budaya dan adat resam. Maka, Kerajaan Negeri amat komited di dalam melaksanakan pentadbiran ke arah perdamaian, ketenangan dan kesejahteraan untuk semua kaum dan agama.

“Oleh itu, penganjuran Seminar Pemikiran Islam ini amat dialu-alukan dan ia amat wajar ke arah memahami secara lebih mendalam inti pati ilmu Islam di dalam menangani persoalan kehidupan semasa. Walaupun, seminar kali ini memfokuskan kepada isu “pemakaian kalimah Allah,” apa yang saya harapkan ia mampu mengemukakan asas-asas ilmu yang merangkumi kesemua aspek kehidupan yang ada kaitannya dengan aspek kehidupan yang berasaskan keagamaan. Kerana Islam adalah cara hidup yang lengkap, menganjurkan keselamatan, kesejahteraan dan kedamaian.

Sesuai dengan firman Allah yang bermaksud, “Masuklah kamu ke dalam agama Islam yang membawa keselamatan, kesejahteraan dan perdamaian.” (al-Baqarah ayat 208)

“Semoga Seminar ini yang diisi dengan sesi pembentangan dan sesi forum telah menemui persefahaman yang jitu dan dapat merapatkan hubungan harmoni antara kaum dan agama di negeri dan negara ini.

Sementara ketika sidang media selepas selesai sesi ucapan penutup itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah menegaskan, “segala kemelut agama dalam negara hari ini adalah disebabkan kegagalan Umno yang mentadbir negara ini lebih 50 tahun.

”Hakikatnya, penegasan Tuan Guru Nik Abdul Aziz pada sidang media itu boleh difahami betapa, “Umno telah gagal memberitahu Islam sebenar kepada rakan-rakan kita yang bukan beragama Islam, gagal mempraktikkan Islam sebenar malah menolak undang-undang Islam di dalam mentadbir negara, menerima sekular dan menolak Islam, sehingga orang Melayu sendiri yang beragama Islam tidak faham Islam sebenar. Sedangkan Islam adalah agama yang mengajar kehidupan yang sempurna, Islam adalah ‘way of life’ dan bila diamalkan akan membawa kesejahteraan, keharmonian dan tidak berlaku kekalutan seperti isu penggunaan kalimah Allah.

”Sebenarnya, sebelum menyampaikan ucapan penutup itu, pada Isnin, 1 Februari, Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah hadir ke Pulau Pinang berucap pada karnival harmoni anjuran PAS Pulau Pinang. Tuan Guru dimaklumi tentang program PAS di sana yang berjaya mengadakan dialog dengan rakan-rakan bukan Islam di salah sebuah gereja. Dilaporkan, kesan dialog itu amat positif, kerana mereka baru nampak dan faham kebaikan Islam. Maka, pada Tuan Guru Nik Abdul Aziz ia suatu langkah proaktif. Khabarnya Tuan Guru juga amat gembira dengan usaha PAS Pulau Pinang itu, tetapi agak terkilan kerana tugas itu sepatutnya dibuat oleh Umno yang memegang tampuk kuasa.

Maka, Tuan Guru menanggapinya punca kekalutan isu-isu agama di negara ini disimpulkan sebagai kegagalan Umno selaku pemegang tampuk kerajaan. Pemimpin Umno telah gagal menjalankan tanggungjawab agamanya kepada rakyat di negara ini. Sebab itulah orang Islam sendiri tidak faham Islam, sementelah pula orang bukan Islam jauh sekali untuk memahaminya. Contohnya, pemimpin MCA dan MIC mahupun Gerakan tidak faham-faham tentang Islam meskipun lebih 50 tahun berkawan dengan pemimpin Umno.

Lalu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengemukakan rasionalisasi demi penyelesaian segala-gala kemelut agama yang dicetuskan oleh Umno sejak berkuasa!!

Menerusi sidang media di majlis penutup seminar anjuran Tatok itu, kenyataan spontan Tuan Guru Nik Abdul Aziz antaranya menyebutkan, “saya datang hanya untuk menutup majlis, tapi saya sangat gembira kalau boleh majlis macam ini dibuat antara PAS dengan Umno.“Lebih 50 tahun kita bertengkar dengan Umno, 50 tahun Umno bertengkar dengan PAS. Apa hasil?

Banyak masa habis, Umno guna masa begitu banyak, kepakaran begitu banyak, lawan gerakan Islam yang dibawa oleh PAS, apa hasilnya?“PAS adalah sebuah parti yang ditubuhkan oleh alim ulama dalam Umno sendiri dan adalah tidak wajar berlaku perbalahan yang terus menerus.

“Tolong fikirlah, 50 tahun Umno bertengkar dengan PAS dan PAS ini dibuat oleh alim ulama Umno.

“Pada 1946, semua orang Melayu bersama Umno; tok gurunya, cikgunya, pelajar, tetapi pada 1951, alim ulama telah keluar Umno dan buat parti baru namanya PAS, Persatuan Islam Se-Tanah Melayu kemudian berubah jadi Parti Islam Se-Malaysia.

“Jadi apa pentingnya Umno bertengkar dengan PAS, sedangkan PAS bawa Islam… (kena faham-P) selepas kita mati, Melayu tidak ada guna, Cina tak ada guna, Arab tak ada guna.., yang berguna hanya Islam dan yang bertakwa kepada Allah. Jadi apa gunanya berjuang kebangsaan (merujuk kepada Umno-P)?

“Jika isu pembangunan yang menjadi punca Umno memusuhi PAS, ia tidak sepatutnya berlaku kerana PAS juga bawa pembangunan kepada negeri yang kita perintah.

Atas asas rasionalisasi tersebut Tuan Guru Nik Abdul Aziz meminta tokoh-tokoh Umno agar sedia untuk berbincang dengan PAS.

Walau bagaimanapun, apabila akhbar arus perdana keesokan harinya (5 Februari) telah memutar kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz di sidang media penutup seminar tersebut. Akhbar-akhbar itu telah mengemukakan tajuk berita yang agak terkeluar daripada konteks asal maksud Tuan Guru. Sehingga ada pembaca yang terkeliru yang kononnya PAS mahu menjalin kerjasama politik dengan Umno.

Maka, di sana dilihat peranan akhbar mahupun media elektronik turut mengambil peluang memanaskan kenyataan Tuan Guru, termasuk menyiarkan maklum balas pemimpin Umno dan tidak terkecuali Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib memberi maklum balas dengan nada yang sinis, apabila menyifatkan pendirian Tuan Guru Nik Abdul Aziz selalu berubah-ubah seperti ramalan cuaca.

Paling tidak tepat dan tersasar apabila akhbar Utusan Malaysia (8 Februari) melaporkan kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semasa lawatan kerjanya ke Kuching, Sarawak. Berita berkaitan isu yang sama atas tajuk “PAS sedia kerjasama dengan Umno” dan berita yang sama turut disiarkan oleh Utusan Borneo. Akhbar berkenaan telah memetik kenyataan yang sebenarnya menggambarkan wartawan berkenaan tidak memahami konteks sebenar apa yang diterangkan oleh Presiden PAS.

Wartawan berkenaan melaporkan, “Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu sedia bekerjasama dan berbincang dengan Umno dalam setiap perkara termasuk yang berkaitan dengan hal politik dan agama.

“Polisi kerjasama antara PAS dan Umno sama ada membabitkan perkara yang boleh dibincangkan atau sebaliknya bukanlah pertama kali dilakukan kedua-dua parti berkenaan dan ia merupakan polisi yang berpanjangan dari dulu hingga hari ini.

“Kerjasama di dalam politik merupakan amalan demokrasi sebagaimana yang diamalkan negara ini yang mana PAS boleh bekerjasama dalam perkara yang boleh dipersetujui dan jika perkara sebaliknya berlaku, parti akan memberi nasihat dan ia amalan biasa bagi negara demokrasi.

“Dalam negara demokrasi, kita tidak berperang, sebaliknya kita berhujah, berdebat, berbahas dan berbincang. Tidak ada pemisahan antara agama dan politik bagi PAS.“PAS akan memberi pandangan dalam menangani perkara berkaitan sosial, ekonomi dan ketenteraman awam malah ada antara pandangan parti diterima kerajaan secara senyap-senyap.

Apapun catatan wartawan berkenaan, ia telah tersasar dan tidak menepati maksud sebenar kenyataan Presiden PAS. Ini kerana maksud asal cetusan Tuan Guru Nik Abdul Aziz adalah berbincang atas dua isu utama mengenai kepentingan agama Islam, iaitu berkisar kepada persoalan kenapa Umno tolak Islam terima sekular dalam perjuangannya, dan hakikat kemelut salah faham terhadap Islam adalah kerana kegagalan Umno menguruskan kefahaman Islam yang menyebabkan rakyat tidak memahami Islam sebenar.

Oleh itu, Presiden PAS pun mengeluarkan kenyataan di atas konteks yang sama dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, yang menyatakan kepada wartawan semasa di Kuching bahawa isu agama yang dicadangkan untuk berbincang dengan Umno itu adalah dalam skop memahami Islam adalah agama yang lengkap – meliputi semua aspek kehidupan termasuk ekonomi, politik pentadbiran, pembangunan, sosial, undang-undang, kehakiman, mahupun ketenteraman.

Maka, amat tersasarlah cara Utusan Malaysia mengemukakan tajuk “PAS sedia kerjasama dengan Umno”. Kerana kerjasama akan membawa implikasi hubungan politik bersifat persetujuan politik, sedangkan usul asalnya berbincang yang bererti pendekatan bagi menyampaikan maksud tertentu kepada Umno, iaitu isu-isu berkaitan agama.

Sayugia, pihak akhbar dan media amnya dapat bertindak adil di dalam melaporkan sesuatu yang tidak tepat dengan maksud sebenar. Dalam isu, kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang tidak sepatutnya dijadikan asas untuk mengeruhkan misi PAS bersama Pakatan Rakyat berdepan dengan Umno dan BN demi keadilan, kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.

Semoga Tuhan Yang Esa membekalkan kewarasan nyata kepada mereka yang tumpul daya warasnya, dan terzahir keharmonian Islam sepanjang zaman.

Wan Nik Wan Yussof,
Setiausaha Politik
Menteri Besar Kelantan.


Baca seterusnya...

2 MALAM DI PUTRA

04 February 2010 · 0 comments

Program Dikir dan Zikir telah diadakan di Dataran PUTRA pada 30 Januari 2010, menampilkan kumpulan dikir Pulau Hilir Kota Bharu yang diketuai oleh Sdr Jen Endoro dan Abu Mail 'Baju Jarang'. Serta kumpulan dikir Warisan Bangsa dari kampung Sungai Ular.

Manakala pada 31 Januari pula berlangsung cerama isu semasa yang telah disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Idris Ahmad (Ketua Penerangan Pas Pusat) dan Sdr Cikgu Badrul Hisham dari PKR.

Dari kiri: Nasrun Amir (YDP IM), Ust Suhaimi (KP N. Phg), Ust Idris Ahmad, Cikgu Bard, YB Syed Mohammad, Datuk Fauzi, Hj Mustaffa (KUU IM), Sdr Azira


Barisan pimpinan di perkenalkan dengan para pendikir


Persembahan dari Kumpulan Dikir Pulau Hilir Kota Bharu


Kumpulan Dikir Warisan Bangsa Kampung Sungai Ular


Makan malam seusai konsert Dikir dan Fikir


Dari kiri: Nasrun Amir (YDP Indera Mahkota), Ust Adnan Osman (Urusetia Penerangan N. Kelantan), Jen Endoro, Abg Mail 'Baju Jarang', Syeikh Azlan (Ketua Amal IM), Sdr Ali.


Semoga berjumpa lagi di masa hadapan, insya-Allah








































Baca seterusnya...

Pesuruh Jaya PAS Pahang

Pesuruh Jaya PAS Pahang
Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

Ketua Pemuda Pas Pahang

Ketua Pemuda Pas Pahang
Ustaz Suhaimi Saad

2 Tuan Guru

2 Tuan Guru
Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat & Tuan Guru Hadi Awang

Blog Pimpinan



Sahabat

Arkib Blog

Mari Berbicara


ShoutMix chat widget