CERAMAH UMUM

27 April 2010 · 0 comments

Datang beramai-ramai...


Baca seterusnya...

Kita pejuang pas

22 April 2010 · 0 comments

Sumber: http://nikabduh.wordpress.com

Salam Kamunting,

Menjadi seorang muslim adalah bermaksud memasukkan diri ke dalam kerangka dan acuan Islam. Ia bermaksud anda beriman kepada Allah, tuhan yang esa lalu akur dan tunduk kepada pengajaran dan undang – undangNya.


Apabila anda kekal di dalam acuan itu, anda adalah seorang muslim yang sempurna. Jika sebaliknya, anda cacat dan kecacatan itu akan terus membesar dan bertambah mengikut tahap perlanggaran terhadap undang – undangNya. Jika berlaku keengkaran, ia bererti kekufuran dan keluar dari agama.

Menjadi seorang muslim bererti memasuki perlumbaan menuju kesempurnaan. Kesempurnaan adalah berusaha menjadikan diri semakin dekat dengan Allah yang esa dan memperolehi keridhaanNya.

Kesempurnaan dan taqarrub kepada Allah hanya berlaku apabila kita semakin mendekati sunnah RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam. Baginda adalah penunjuk jalan yang satu dan baginda adalah ikutan yang satu di dalam agama. Tiada siapa boleh berlumba di atas landasan selain landasan binaannya.

Kemuncak perlumbaan adalah apabila anda menjadi pejuang Islam yang ikhlas.

Ia bererti anda bukan hanya beriman dengan Islam, bahkan menyiapkan diri sebagai pejuang yang mendukung perjuangan menegakkan ugama Islam di dunia dan kehidupan ini. Itulah matlamat perutusan para anbiya’. Mereka membawa ugama dan memperjuangkannya demi mencapai taqarrub dan keridhanNya.

Islam di dunia ini mesti tegak berdiri ke atas seluruh agama dan ideologi yang lain. Justeru ia menuntut perjuangan dan para pejuangnya.

Menjadi seorang pejuang Islam bukanlah sekadar hanya menjadi seorang muslim biasa. Ia menuntut usaha besar menuju puncak tertinggi. Ia penuh kesukaran dan ia pastinya milik para pejuang yang bersedia menempuh kesukaran dengan jayanya.

Menjadi seorang pejuang bermaksud bersedia patuh kepada peraturan sebagai seorang tentera. Ia menuntut disiplin pada tahap tertinggi. Bagaimana boleh dibayangkan sebuah kemenangan yang dibarisi para tentera yang mempunyai disiplin yang lemah?

Justeru anda tahu bahawa bukanlah senang untuk menegakkan Islam di dunia ini. Menegakkan Islam bererti menundukkan seluruh kekuatan kufur yang merajai dunia hari ini.
Ia menuntut pejuang Islam untuk menguasai banyak perkara dan menggerakkannya dengan penuh disiplin. Pastinya, ia bukan dekat jaraknya, pendek masanya dan mudah caranya.

*****

PAS adalah wadah perjuangan Islam.

Di dalam PAS, pejuangnya dikaderkan seawalnya. Sebelum mencecah umur suku abad, ahli PAS yang dilatih dan ditarbiyah sebenarnya sudah melalui dan menguasai disiplin seorang pejuang. Apabila dia muncul di medan, sayugianya dia tidak kekok untuk berkenalan dengan selok belok dan ranjau di perjalanan dakwah. Itulah sebaik – baik persediaan untuk anak – anak muda yang berjuang.

Adapun jika seorang pejuang PAS itu terlepas daripada latihan dan tarbiyah di awal umurnya dan hanya bersama PAS selepas berlalu umur mudanya, dia akan tetap melalui perkaderan sebagai pejuang PAS. Ia tentunya tak sama dan dipisahkan oleh jumlah masa yang lebih terhad untuknya. Justeru modul dan disiplinnya adalah berbeza.

Anak muda pejuang adalah lebih berpeluang untuk lebih berjaya. Umur muda tiada galang ganti dengan umur tua.

Tetapi, disiplin adalah disiplin. Ia menuntut itiqamah dan konsistensi.
Saat itu, ia tidak menjamin umur muda berbanding umur tua. Orang lama dan baru adalah sama.

Justeru gejala kegelinciran dan kelayuan melanda tanpa mengenal usia dan tahap. Yang menjadi penyelamat hanyalah kekuatan diri untuk bertahan dan istiqamah dalam perjuangan. Para anak muda sayugia sekali diingatkan dengan fenomena ini agar mereka lebih bersedia untuk menangani ujian yang lebih getir dalam perjuangan. Jika tidak, mereka akan berhadapan kerugianyang tiada galang gantinya. Mereka terlucut gelaran ’al mujahidun’ yang diimpikan setiap muslim yang mencintai al rasul dan perjuangannya.

Beristiqamah dan berdisiplin juga adalah tanggung jawab dan amanah. Keretakan padanya, selain membawa padah pada diri sendiri juga akan menggoncang keutuhan jamaah dan perjuangan. Setiap kita mestilah berusaha mengelak daripada menjadi beban kepada jamaah. Semakin kita berada diatas, semakin besarlah kesan daripada perlakuan dan tindakan kita.
Pemimpin tertinggi mestilah memiliki ciri – ciri pejuang yang lebih bernilai berbanding pemimpin bawahan dan pejuang di bawah.

Secara mudah dan jelas, setiap kita mesti kagum dengan ringkasan yang dilumatkan oleh al ustaz Hasan al Banna di dalam rukun bai’ahnya yang sepuluh. Jika ahli PAS berpegang padanya nescaya parti PAS akan sentiasa unggul dan dihormati pada bila – bila masa.

Saya melihat suasana sukar hari ini banyak berpunca daripada kegagalan kita melumati kembali apa yang telah kita lumati seawal zaman awalan tarbiyah dulu. Kita disibukkan untuk berlumba merungkai bermacam masalah sedang kita sendiri adalah sebahagian daripada masalah.

Sebuah rumah tangga teguh bahagia kerana ketaatan kepada ketuanya, bukan kerana kegalakan mencari kebebasan bersuara di dalamnya.

Disiplin adalah patuh. Istiqamah adalah cekal.

Ayuh, patuh dan cekal berjuang!


Baca seterusnya...

Arak dan Judi: PAS seru Umno bertaubat

· 0 comments

Ditulis oleh Ustaz Idris Ahmad
THURSDAY, 22 APRIL 2010 08:38

KENYATAAN MEDIA
ARAK DAN JUDI: PAS SERU UMNO BERTAUBAT

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan syukur kepada Allah swt kerana strategi Umno yang menyebarkan kisah calon PKR-Pakatan, Zaid Ibrahim minum arak dan berjudi ketika bersama parti itu dahulu kini secara tidak langsung telah membuka mata rakyat.


Rakyat yang dahulunya menganggap pemimpin Umno sebagai suci dan pejuang Islam, kini sudah mengetahui hakikat sebenar bahawa mereka telah ditipu hidup-hidup. Pengakuan Zaid yang kini sudah bertaubat telah turut mengheret kepada pembongkaran beberapa lagi pemimpin Umno yang turut dikategorikan sebagai pelanggan kepada minuman dan hiburan yang diharamkan itu.

Nama-nama dan gambar mereka kini bertebaran diinternet, dari Presiden, Ketua Pemuda dan ramai lagi sudah diketahui umum. Malah bukan sahaja menjadi pelanggan atau peminat minum keras dan judi, beberapa pemimpin serta ahli perniagaan Umno juga sudah dikenalpasti sebagai pemilik, pelabur dan pengarah syarikat-syarikat arak dan judi yang terkenal di rantau ini.

PAS sudah lama mengetahui hal ini, dan serangan Umno kepada Zaid akhirnya mengesahkan tuduhan PAS selama ini adalah benar. Arak dan judi bukanlah perkara baru dalam Umno. Ketika awal-awal ditubuhkan, Umno bergantung harap pada Loteri Kebajikan bagi mengumpulkan dana untuk menjana program serta menubuhkan pejabat-pejabat mereka. Malah, hingga ke hari ini ramai pihak mempersoalkan sumber duit yang digunakan bagi membina pejabat Umno di PWTC.

PAS berasakan sudah cukup lama Umno bergeluman dengan arak dan judi ini. Sudah sampai masanya mereka menuruti jalan Zaid iaitu bertaubat. Tidak guna mereka dedahkan kesilapan lampau Zaid sedangkan mereka yang masih duduk dalam Umno masih lagi bergelumang dengan arak dan judi.

Malanglah Ustaz-Ustaz yang duduk dalam Umno, kerana hanya mampu menjadi rakan kongsi dosa-dosa pemimpin mereka dan tidak mampu untuk menyatakan perkara yang haram dan halal secara bebas demi untuk menyelamatkan periuk nasi mereka. Bertaubatlah wahai pemimpin Umno!

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat


Baca seterusnya...

Suasana penamaan calon PRK Hulu Selangor

· 0 comments




















Baca seterusnya...

Gotong-royong membersihkan sekolah Al-Irsyad Balok

11 April 2010 · 0 comments

Tarikh : 11 April 2010
Tempat : Sekolah Rendah Al-Irsyad Balok

























Baca seterusnya...

Meng"kualiti"kan anggota PAS

07 April 2010 · 0 comments

Ditulis oleh Nasrudin Hassan at Tantawi
WEDNESDAY, 14 APRIL 2010 01:50


1. Anggota PAS terdiri dari ahli serta pemimpin dan ianya mempunyai peringkat atau marhalah yang berbeza dan pelbagai .

2. Sesuai sebagai anggota kepada sebuah Gerakan Islam , ahli dan pemimpinnya wajar memiliki :

* aqidah perjuangan yang mantap,

* fikrah Islamiyyah yang jelas,

* syakhsiyyah [ akhlak ] yang soleh.




Inilah tahap kualiti yang paling minima mesti dimiliki oleh seluruh anggota PAS.3.

Mencapai tahap dan nilai Kualiti anggota PAS yang diperlukan tidak semudah mencari kuantiti. Melalui projek 'Jom Sertai PAS', 'PAS For All' dan 'Orang Muda Geng Kita', saya dapati kuantiti cukup mudah untuk dicapai. Setiap bulan pasti ada anggota baru yang akan diluluskan keanggotaan mereka sebagai ahli PAS, malah kini keanggotaan PAS telah mula mencecah sejuta.

4.Apa yang merisaukan saya mutaakhir ini ialah berkait tahap kualiti anggota berdepan dengan kuantiti yang semakin meningkat. Tentu sahaja kemasukan anggota baru adalah dari pelbagai latar belakang dan tidak juga dapat dinafikan betapa kita juga berdepan dengan kemasukan anggota yang mempunyai pelbagai tujuan [ objektif ] yang ingin mereka capai melalui penyertaan mereka dengan PAS.

5. Justeru itu Gerakan Islam membahaskan persoalan intima' [ penggabungan atau penglibatan dan penyertaan ] sebagaimana yang telah dikupas panjang lebar oleh al marhum Ustaz Said Hawwa di dalam kitabnya Jundullah. Intima' yang diterima dan layak untuk sebuah Gerakan Islam seperti PAS ialah intima' al Aqidi iaitu penyertaan berasaskan aqidah perjuangan.

6. Pun begitu sebagaimana yang telah saya katakan tadi bahawa PAS sebagai sebuah pertubuhan yang terbuka kini menerima pelbagai latar belakang penyertaan anggota sekalipun tidaklah berasaskan aqidah. Kemungkinan..............

Ada yang menyertai PAS kerana terlalu marah dan bencikan UMNO dan BN.

Ada yang menyertai PAS kerana melihat PAS sudah mulai kuat dan menang.

Ada yang menyertai PAS kerana mahu menonjolkan diri sebagai pejuang yang hebat.

Ada yang menyertai PAS kerana nak jadi calon pilihanraya.

Ada yang menyertai PAS kerana kecenderungan hatinya yang minat kepada PAS

Ada yang menyertai PAS tanpa mengetahui apakah sebab dan kerananya.....

7. Maka kualiti yang kita harapkan bahkan kualiti yang Rasulullah saw tuntut ialah anggota yang menyertai Gerakan Perjuangan Islam ini hanya untuk meninggikan kalimah Allah swt sehingga ia mengatasi ideologi yang dicipta oleh manusia. Samaada menang untuk mendaulatkan syariat dan syiar agama Allah swt ataupun mati sebagai syuhada' yang telah mempertaruhkan segala kepentingan diri, darah dan nyawanya untuk Islam.

8. Kita menerima dan mendekati semua orang sesuai dengan slogan kita 'PAS For All', namun setelah mereka menyertai PAS, kita bertanggungjawab untuk memastikan setiap anggota PAS [ baru atau lama ] menjadi anggota yang berkualiti menepati piawaian sebuah Gerakan Islam dimana anggotanya ialah bertaraf Ansoorullah [ pejuang agama Allah ]. Justeru itu, proses memberi kefahaman, pentarbiyyahan dan pengkaderan menjadi tugas asas dan paling utama bagi PAS di sepanjang perjuangannya.

9. Lajnah Tarbiyyah, Lajnah Pemerkasaan Parti, Akademi Kepimpinan Pemuda dan seluruh lajnah serta jabatan yang wujud dalam PAS sewajarnya sibuk mengatur aktiviti masing-masing guna menepati objektif perjuangan suci ini serta melahirkan anggota yang berkualiti. Melahirkan anggota yang berkualiti tinggi adalah keutamaan kita berbanding meningkatkan rating kuantiti tanpa menafikan bahawa kita juga perlukan keanggotaan yang ramai.

10. Satu mekanisme yang boleh saya cadangkan di sini untuk memastikan usaha melahirkan anggota yang berkualiti dalam sistem keahlian terbuka ini bermula dengan mengemaskini sistem penyerahan sijil keanggotaan setelah ianya diluluskan oleh parti.

11. Sijil itu hendaklah dihantar kepada PAS kawasan dimana ia berdaftar dan pihak PAS kawasan pula hendaklah menganjurkan satu kursus induksi untuk menyerahkan sijil keanggotaan tersebut kepada yang berkenaan bersama 'stater kit' yang mengandungi perlembagaan parti dan kertas-kertas dasar yang menjelaskan prisip perjuangan Islam yang didokong oleh PAS.

12. Kursus induksi tersebut pula bertujuan memahamkan anggota baru mengenai PAS dan risalah perjuangannya. Kursus seperti ini perlu ada lanjutan dan kesinambungannya walaupun anggota itu telah bergelar ahli lama mahupun pimpinan. Nokhtah inilah sewajarnya menjadi titik bermula tugas besar lajnah Tarbiyyah dan lainnya.

13. Kebimbangan saya berasaskan realiti masakini dan belum terlambat untuk kita semua lakukan sesuatu yang positif dan berkesan di semua peringkat di mana kita berada. Kita semua pastinya tidak mahu anggota PAS [ ahli dan pimpinannya ] rendah wibawa, hilang thiqah [ kepercayaan ] korupsi dan tidak ada beza akhlaknya dengan musuh-musuh Allah swt.

14. Sebagaimana kita tidak mahu ada ......

* anggota bergelar pimpinan mendedahkan rahsia parti,

* ahli yang hilang taat serta thiqahnya pada jamaah dan pimpinan,

* wartawan lidah rasmi parti menghina pimpinan jamaah sendiri,

* ruang untuk musuh akses maklumat parti dari dalam,

* persaudaraan [ ukhuwwah ] antara kita retak dan belah,

* pimpinan yang mengabaikan tanggungjawab/amanah parti dan ummah,Lantaran itu semua tidak melambangkan kualiti Ansoorullah yang diinginkan.

15. Perlu dilihat juga kepada kesediaan anggota parti [ ahli atau pimpinan ] untuk merelakan diri mereka ditarbiyyah oleh PAS ke arah membina prestasi anggota yang baik dan berkualiti. Selayaknya keadaan diri mereka selepas menganggotai PAS menjadi jauh lebih baik dari sebelumnya.

Nasrudin Hassan at Tantawi,

Ketua Dewan Pemuda PAS.





Baca seterusnya...

Ceramah Isu Semasa

05 April 2010 · 0 comments

YB Salahuddin Ayub sedang menyampaikan ceramah...
'Lawan tetap lawan'




Sebahagian dari hadirin yang sedang khusyuk mendengar maklumat isu-isu terkini dari
penceramah


Segak dan bergaya, TYDP Indera Mahkota En. Aziz Ahmad sedang memerhatikan para peniaga

Dari kiri: Saudara Mahmud, TYDP Aziz Ahmad dan anggota Amal IM bersama Azhan Atan

Jurugambar yang komited



Gerai Amal Nisa` dengan jualan pakaian terpakai



Baca seterusnya...

Kembara ke bumi Kelantan

· 0 comments

Bergambar sebelum bertolak ke Negeri Kelantan



Tuan Guru Nik Aziz sedang mentahnik bayi salah seorang ahli jemaah yang datang ke Masjid Pulau Melaka, contoh seorang pemimpin berjiwa rakyat

PAS Indera Mahkota menyokong tuntutan royalti minyak kerajaan Negeri Kelantan!!


Bersama YB Saifudin Nasution di ruang legar bangunan Bilik Gerakan Negeri


Ceria bersama YB Zaki Ibrahim





Baca seterusnya...

MUKTAMAR DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN INDERA MAHKOTA

01 April 2010 · 0 comments

Semua Pemuda Indera Mahkota dijemput hadir memeriahkan Muktamar Dewan Pemuda PAS Indera Mahkota. Klik pada gambar untuk paparan yang besar dan jelas.


Baca seterusnya...

Pesuruh Jaya PAS Pahang

Pesuruh Jaya PAS Pahang
Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

Ketua Pemuda Pas Pahang

Ketua Pemuda Pas Pahang
Ustaz Suhaimi Saad

2 Tuan Guru

2 Tuan Guru
Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat & Tuan Guru Hadi Awang

Blog Pimpinan

Sahabat

Arkib Blog

Mari Berbicara


ShoutMix chat widget