Biayai pelajar: PAS parti kaya raya

16 September 2010 · 0 comments

Ditulis oleh Harakhdaily
FRIDAY, 13 AUGUST 2010 09:36



ALOR SETAR, 13 Ogos: Ahli Parlimen Baling, Ustaz Taib Azamudden Md Taib (gambar) secara sinis menyifatkan PAS adalah sebuah parti yang kaya raya sehingga mampu membiayai pelajar di luar negara dengan perbelanjaan puluhan juta ringgit.

Sehubungan itu, beliau menyangkal dakwaan Umno yang menyifatkan PAS membiayai jutaan ringgit bagi pelajar Malaysia yang berada di luar negara termasuk Mesir bagi melahirkan pemimpin pembangkang.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Biro Umno Luar Negara, Datuk Ahmad Shabery Cheek baru-baru ini yang mendakwa PAS sanggup untuk menghabiskan puluhan juta ringgit bagi memastikan kehadiran pemimpin pembangkang di luar negara.

Menurutnya lagi, dakwaan tersebut adalah tidak benar dan berniat jahat yang bertujuan untuk membangkitkan sentimen kepartian di kalangan pelajar luar negara.

"Tuduhan ini seolah-olah membuktikan pemimpin Umno tidak matang kerana menjadikan pelajar sebagai bahan politik mereka. Sekiranya benar dakwaan tersebut, ia bererti PAS adalah sebuah parti yang kaya raya,” ujarnya yang juga AJK PAS Pusat.

Baginya, adalah tidak menghairankan kerana di mana saja ada pengajian Islam, maka Umno akan membuat tuduhan yang serupa.

Kemungkinan besar, ujarnya itu adalah kerana Umno sendiri tidak ada hubungan dengan Islam.

“Oleh kerana itu apabila adanya program berunsur Islam yang mendapat sambutan, maka ia akan terus dikaitkan dengan PAS," katanya lagi.

Beliau yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah turut menyelar kepimpinan Umno yang disifatkan tidak menyanjungi Islam apabila sanggup membuat kenyataan tidak rasional berkaitan Islam dengan tuduhan liar.

Tambahnya lagi, kenyataan sedemikan juga boleh memberi kesan negatif kepada masyarakat apabila persepsi negatif terhadap pelajar luar negara terutamanya di Mesir dijadikan sentimen dan isu politik.

Dengan tuduhan tersebut, katanya ia mempamerkan wajah sebenar Umno apabila pemimpin mereka tidak mengagungkan Islam dan sanggup untuk memperkecilkan agama.


Baca seterusnya...

Kenapa PAS pilihan saya

14 September 2010 · 0 comments

1 . Islam sebagai dasar perjuangan

Seperti yang temaktub di dalam Perlembagaan PAS Fasal 3. Dasar PAS ialah Islam, hujah ini diperkuatkan lagi melalui muqaddimah Perlembagaan PAS.

“Bahawa sesungguhnya adalah diisytiharkan demi untuk menyempurnakan taqwa kepada Allah dengan kebaktian sesama manusia yang dijadikan dengan menegakkan al-Amru bil Ma`ruf wa al-Nahyu `anil Mungkar dalam kehidupan masyarakat dan bernegara yang dinamakan Parti Islam Se-Malaysia.”

Islam yang diperjuangkan oleh PAS ialah Islam yang lengkap (syumul), merangkumi semua perkara sama ada ibadah, politik, ekonomi, akhlaq. Dalam erti kata yang lain yang merangkumi urusan hidup dan mati. PAS mahu memperjuangkan Deen wa Daulah (agama dan negara).

Justeru itu perbezaan Umno dan PAS bukan perkara solat, puasa, zakat dan haji. Tetapi perbezaannya, Umno mengamalkan Islam yang sempit. Islam pada perkara yang berhubung dengan solat, puasa dan zakat. Sedangkan penghayatan Islam oleh PAS luas merentasi daripada hubungan dengan Allah hatta dengan manusia. Islam yang diperjuangkan oleh PAS mengajar supaya semua perkara yang diamalkan di dunia akan dihitung di hadapan Allah SWT, justeru itu tidak ada pemisahan hidup dengan akhirat.

2 . PAS dipelopori oleh gerakan Ulama`

3 . PAS mementingkan dakwah dan tarbiah. Ia bukan semata-mata parti politik bergerak musim pilihanraya sahaja.

4 . PAS mampu untuk memerintah dan membawa kemajuan. Kepimpinan PAS di Kelantan dan Kedah sudah teruji.

5 . Kepimpinan yang menggabungkan ulama`, profesional dan aktivis.

6 . PAS memperjuangkan perpaduan berteraskan Islam, bukan perkauman.

7 . PAS sesuai dalam masyarakat majmuk. Buktinya peristiwa 13 Mei 1969, tidak ada pertumpahan darah di Kelantan, walaupun orang bukan melayu minoriti.

8 . PAS juga memperjuang dan mempertahankan kemerdekaan.

9 . PAS memperjuangkan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan.

10. Memimpin PAS satu amanah bukan kebanggaan.

11. PAS mementingkan kebajikan kepada rakyat supaya kekayaan hasil bumi diagih kepada rakyat yang memerlukan.

12. PAS mengambil berat kepada pembentukan akhlaq kerana ia adalah kekuatan tamaddun sebuah negara.

13. PAS berusaha mendidik rakyat celik ilmu dan tidak buta agama.

14. Perjuangan PAS menegakkan keadilan dan menentang kezaliman.

Sumber : Risalah Kempen Balik Kampung (Terbitan : Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat)


Baca seterusnya...

Singgah sahur PAS Kawasan Indera Mahkota: fasa 2

06 September 2010 · 0 comments

Program : Singgah Sahur PAS Kawasan Indera Mahkota Fasa 2

Tarikh : 2 September 2010

Alhamdulillah, setelah prgram singgah sahur fasa 1 berjaya dilaksanakan, menyusul pula program singgah sahur fasa 2.Sasaran agihan juadah sahur fasa 2 ini adalah di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, Pangkalan TLDM Padang Hangus serta Balai Pengawal Perumahan TLDM Balok Perdana.

Program kali ini menyaksikan ramai petugas yang mengambil bahagian. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Semoga program ini dapat diteruskan pada tahun akan datang.

Di kesempatan ini juga, pihak PAS Indera Mahkota ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada semua...



Menunggu kebenaran masuk ke pangkalan dengan sabar.





Pimpinan PAS Indera Mahkota bersama pegawai bertugas Pangkalan TLDM Tanjung Gelang.


Sabar dan terus sabar


Kenderaan yang banyak berjasa.


Agihan juadah sahur di Pangkalan TLDM Padang Hangus


Di pos pengawal perumahan TLDM Balok Perdana, tidak dilupakan.



Terima kasih...


Insya-Allah, tahun hadapan kami datang lagi


Selamat bertugas, selamat bersahur, selamat berpuasa dan selamat hari raya aidilfitri dari kami PAS Indera Mahkota.


Baca seterusnya...

Kerja-kerja Pembungkusan Sumbangan Hari Raya

02 September 2010 · 0 comments

Tarikh : Pada 31 Ogos 2010,
Tempat : Dewan PUTRA Balok

Terima kasih kepada semua petugas yang datang membantu. Jazakallah..





Baca seterusnya...

Singgah sahur PAS Kawasan Indera Mahkota: fasa 1

· 0 comments

Alhamdulillah, pada 25 Ogos 2010 yang lalu PAS Kawasan Indera Mahkota telah berjaya mengadakan program 'SINGGAH SAHUR', yang sasaran sumbangan juadah sahur ini tertumpu kepada Balai Bomba Gebeng, Pondok Polis Gebeng, Pondok Polis Balok dan Balai Polis Beserah.

Program ini disertai oleh YDP IM Nasrun Amir, YB Beserah Syed Mohammad, KP IM Yusri Ibrahim, Komander Amal IM Sheikh Azlan serta beberapa orang aktivis PAS.

Program ini bertujuan adalah untuk menghargai jasa pasuka keselamatan serta mengeratkan lagi ukhuwah diantara pasukan keselamatan dan PAS Kawasan Indera Mahkota.

Pihak PAS Kawasan Indera Mahkota mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Jazakallah...


























Baca seterusnya...

Pesuruh Jaya PAS Pahang

Pesuruh Jaya PAS Pahang
Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

Ketua Pemuda Pas Pahang

Ketua Pemuda Pas Pahang
Ustaz Suhaimi Saad

2 Tuan Guru

2 Tuan Guru
Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat & Tuan Guru Hadi Awang

Blog Pimpinan



Sahabat

Arkib Blog

Mari Berbicara


ShoutMix chat widget