Baca seterusnya...
Jamuan Rakyat PAS Kawasan Indera Mahkota # 2
Baca seterusnya...
Jamuan Rakyat PAS Kawasan Indera Mahkota # 1
Jamuan Rakyat ini telah dirasmikan oleh YDP PAS Kawasan Indera Mahkota, saudara Nasrun Amir Abdullah sekaligus merasmikan hari Ihtifal PASTI.
Diantara aktiviti selingan ialah pertunjukan silat dari cawangan Chengal Lempong yang di ketuai oleh saudara Zaidi. Pertunjukan kawad kaki oleh anggota Jabatan Amal Indera Mahkota, serta pemeriksaan anggota oleh YDP Indera Mahkota.
Dalam majlis ini YDP Indera Mahkota telah menyampaikan buku yang bertajuk "Islam The Misunderstood Religion" kepada wakil PKR dan DAP.
PAS Kawasan Indera Mahkota mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir serta kepada para petugas yang telah bertungkus-lumus sejak hari semalam untuk menjayakan majlis ini.
Majlis ini berakhir pada pukul 4.00 petang.
Orang dapur yang bertungkus-lumus memasak untuk Jamuan Rakyat.
Makanan dimasak di perkarangan masjid Qaryah balok.
Baca seterusnya...
Jamuan Hari Raya PAS Cawangan Indera Mahkota 2
Meriah! Walaupun sederhana. Itulah suasana yang dapat digambarkan, lebih-lebih lagi dengan kehadiran pimpinan yang dihormati.
Di antara pimpinan yang hadir ialah Pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Guru Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Pemuda PAS Pahang, Ustaz Suhaimi Saad. YDP Indera Mahkota, saudara Nasrun Amir, YB Azan Ismail dan beberapa pimpinan peringkat cawangan.
Semoga majlis ini dapat mengeratkan silaturrahim sesama ahli serta menyemarakkan lagi semangat perjuangan. Insya Allah.
Sebahagian hadirin sedang mendengar ceramah
Baca seterusnya...
Kontang Idea, Masalah Buang Anak Terpaksa Rujuk Belgium
Ditulis oleh Ustaz Idris Ahmad
TUESDAY, 05 OCTOBER 2010 10:06
Parti Islam Se-Malaysia berpandangan hajat Datin Seri Rosmah Mansur hendak ke Centrum voor Integrale Gezinsgorg (CIG) di Brussels Belgium pada 5 oktober 2010 bagi mendapatkan pelbagai input untuk menangani permasalahan buang bayi adalah tindakan yang tidak munasabah, seolah-olah kerajaan sudah hilang punca dan kontang idea.
Fenomena ini sepatutnya dirujuk kepada mereka yang arif di negara ini sahaja bukannya di negara yang, iklim dan sosial budayanya berbeza.. Tindakan yang dibuat oleh Datin Seri Rosmah untuk merujuk negara Belgium bagi mengatasi masalah anak luar nikah, seolah-olah anak yatim yang kaya dengan harta peninggalan bapanya, tetapi masih lagi meminta sedekah kepada orang ramai. Begitulah juga tindakan Datin Rosmah ibarat memohon sedekah dan ehsan daripada orang lain, sedangkan kita mempunyai rujukan iaitu Islam.
Kenapa begitu takut hendak merujuk kepada pendekatan Islam yang lebih menyeluruh dan telah terbukti berjaya. Kaedah yang perlu digunakan mestilah merujuk kepada apa yang diajar oleh Rasulullah SAW iaitu pendekatan mencegah dan mendidik. Baginda telah berjaya membetulkan masyarakat jahiliah yang rosak dalam masa 23 tahun yang menjadi kekaguman ahli kaji masyarakat barat yang berpandangan kerosakan masyarakat jahiliah hanya dapat dirawat dalam masa 100 tahun lebih.
Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
Baca seterusnya...
Taklimat Isu-isu Semasa PAS Indera Mahkota
Tarikh : 28 September 2010
Tempat : Dewan PUTRA, Balok
Penceramah : Saudara Hanifa Maidin
Alhamdulillah, satu taklimat isu-isu semasa telah diadakan PUTRA pada 28 September yang lalu. Taklimat ini telah disampaikan oleh saudara Hanifa Maidin, beliau merupakan AJK PAS Pusat dan juga seorang peguam.
Banyak isu-isu semasa yang telah disentuh oleh beliau. Ternyata para hadirin amat berpuas hati dengan penyampaiannya yang mantap dan diselang-selikan dengan cerita-cerita lucu dalam negara.
Terima kasih kepada semua.
Orang ramai yang hadir walaupun hujan lebat
YDP Indera Mahkota, saudara Nasrun Amir menyampaikan ucapan alu-aluan. "Kepada para petugas bersedia untuk ke Dun Galas..."
Baca seterusnya...
YDP PAS INDERA MAHKOTA
NASRUN AMIR ABDULLAH
ADUN BESERAH
YB SYED MOHAMMAD TUAN LONIK
PENGARAH MTD BESERAH
ZAWAWIE SAFIE
ORGANISASI
Weblinks
Cari Ilmu
-
Antara Socrates dan Salamis: Merenung ‘Kerosakan’ Anak Muda dalam Memori Sejarah - “Berbaloi pelaburan €2 aku!” Saya mengomel sendirian. Saya sedang membaca buku Corrupting Youth: Political Education, Democratic Culture, and Political The...5 months ago
-
Soalan Popular Simpanan Syariah : Ulasan Tahap Orang Awam - [image: kwsp] Beberapa hari pertama pelancarannya, ia disambut hangat dan sangat baik oleh awam, tiba-tiba di awal minggu kedua, sudah mula berlegar pelb...10 years ago
-
Promosi sempena Ramadan dan Diskaun! - Kepada sahabat yang ingin menambah ilmu pada bulan Ramadan yang bakal menjelma menerusi buku dan bahan bacaan lain, Telaga Biru ada membuat promosi jualan ...16 years ago
Jabatan Amal IM
-
Pengembaraan Masa (Part 20): Petang yang Menyimpan Resah - Baca di sini *Part 19* Petang itu, aku dan Pak Andak duduk di atas pangkin, di bawah rendang pohon jambu air. Angin petang bertiup perlahan, membawa h...5 days ago
-
YB Beserah, santai bersama rakyat - Untuk Berita Harakah Pahang, Oleh : Mohd Aidil Firdauz Nampak seperti selamba, tiada rupa seorang YB namun itulah YB Beserah. Sentiasa santai apabila bert...15 years ago
-
Pemuda PAS Wilayah kerah Demontrasi Gaza 8 Januari - *Kenyataan Media DPPWP* Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengerahkan seluruh ahli PAS sekitar Lembah Klang, NGO dan umat Islam untuk sama-sama...16 years ago
blogger
-
EMPAT PAHLAWAN MELAYU KELAHIRAN BUMI PAHANG - PAHLAWAN MELAYU NAMA-NAMA PENDEKAR KELAHIRAN BUMI PAHANG 1. Dato' Bahaman Nama sebenar: Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh. Asal: Semantan, Temerloh, Paha...10 months ago
-
Justice for Mejar Zaidi. - Dah lama saya terfikir untuk menutup saja blog MerahHitam ini kerana ISA telah mansuh dan semua tahanan telah di bebaskan. Namun setiap kali saya ingin be...12 years ago
-
-
-
-
Pesuruh Jaya PAS Pahang
Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Pemuda Pas Pahang
Ustaz Suhaimi Saad
2 Tuan Guru
Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat & Tuan Guru Hadi Awang
Blog Pimpinan
-
Catatan Dhuha april 2019 - CATATAN DHUHA APRIL 2019 Catatan Dhuha. Hebatnya iman Saidina Abu Bakar terbukti, apabila kafir musyrikin cuba meragukan keimanan beliau dengan pemberitaan...7 years ago
-
-
Jual Saham Proton : Bisnes atau Politik? - Saya agak terkejut apabila berita penjualan keseluruhan saham Proton kepada pelabur luar diwar-warkan di media pada minggu lalu. Adakah ini sebahagian s...10 years ago
-
BR1M - MURSYIDUL AM PERTAHAN PENDIRIAN - 13 Rabi'ul Akhir 1434 H | 24 February 2013 KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan kenyataan berkenaan pemberian wang B...13 years ago
-
-

