Pejabat,Pegawai dan Kakitangan Awam perlu berperanan memurnikan bukan sebaliknya

31 January 2010 · 0 comments

Sumber: http://www.sidangonline.net/
Written by Administrator
Friday, 08 January 2010 14:52

Pejabat, Pegawai dan kakitangan awam mempunyai peranan yang penting dalam masyarakat. Mungkin ada orang keliru dengan istilah pegawai dan kakitangan awam yang digunakan. Sebenarnya orang yang sama jika digunapakai istilah pegawai dan kakitangan kerajaan. Dirasakan istilah pejabat, pegawai dan kakitangan awam lebih sesuai digunakan.

Semua mereka yang berkhidmat dengan kerajaan negeri ataupun kerajaan pusat termasuk kakitangan pejabat Felda, Felcra,Risda, Pihak Berkuasa Tempatan, Pendidikan Daerah, Tanah dan Daerah juga guru-guru dan lain-lain lagi.

Mereka ini sepatutnya dapat berperanan memurnikan atau menyedia juga memberikan ruang bunga-bunga kemesraaan kepada ahli politik yang berlainan aliran apabila melibatkan mereka ini diruang kawasan ‘ medan awam ‘. Tidak timbul soal pegawai dan kakitangan awam menyebelahi perkara yang tidak betul walaupun daripada parti yang memerintah.

Sebenarnya seorang ahli politik yang matang memang seorang yang berjiwa besar dan mempunyai keinginan melihat masyarakat berada di dalam kesejahteraan hidup. Jika masih terdapat lagi sebilangan ahli masyarakat yang tidak mampu berdiri bersama ahli masyarakat yang lain dari segi keperluan asas maka ahli politik dengan kemampuan yang ada padanya pasti akan membantu. Itulah jiwa seorang ahli politik, jika tidak maka mereka bukanlah ahli politik tetapi ahli ‘politik’.

Pegawai dan kakitangan awam boleh menggerap dan berkongsi cadangan dari ahli politik yang berlainan aliran ini dalam mencapai suatu keputusan. Dan sudah pasti idea serta cadangan yang datang dari pelbagai sudut ini akan menghasilkan keputusan yang hampir menepati citarasa masyarakat.

Ayuh kita hanyutkan ahli polititik ini, mari kita bina suatu masyarakat yang berpolitik matang serta berani memberi atau menerima pendapat yang betul walaupun kepada atau daripada sesiapa sekalipun.


Baca seterusnya...

Pakat datang ramai-ramai

28 January 2010 · 0 comments

KAUNTER PENDAFTARAN PEMILIH DAN SEMAKAN PEMILIH TURUT DIBUKA.





Baca seterusnya...

PAS mahu pendaftaran pemilih automatik

· 0 comments

Sumber: http://www.pas.org.my/

Ditulis oleh Yusri Amin
MONDAY, 25 JANUARY 2010 04:05

KOTA BHARU, 25 Jan - Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Rahim Wan Abdullah menggesa kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengkaji semula cadangan PAS agar pendaftaran pemilih secara automatik digunakan.

Ianya bagi mengatasi lambakan 4.39 juta penduduk di negara ini yang berusia lebih 21 tahun dan layak mengundi tetapi tidak mendaftar sebagai pemilih.

"Dahulu pun sudah ada cadangan dan pihak SPR pernah bersetuju dengan cadangan pihak PAS supaya dibuat pendaftran secara automatik.

"Seseorang mencapai umur 21 tahun mengikut Jabatan Pendaftaran Negara maka namanya disenaraikan secara automatik di dalam daftar pemilih SPR, namun cadangan itu tidak dipersetujui kerajaan BN," katanya.

Keengganan BN menerima pakai cadangan itu, dakwanya kerana mereka mendapat keuntungan dari keadaan sekarang.
"Jadi oleh kerana BN sentiasa mendapat 'political mileage' (kelebihan politik) serta mendapat 'advantage' daripada sistem seperti itu (sistem sekarang) maka pasti mereka tidak akan bersetuju untuk mengadakan pendaftaran secara automatik itu," katanya yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu.

Selain itu, beliau turut mencadangkan agar had umur pengundi dikurangkan dari 21 kepada 18 tahun sejajar dengan amalan demokrasi di kebanyakan negara lain.

Namun, beliau yakin ianya bukan mudah untuk dilakukan kerajaan BN memandangkan mereka bimbang kuasa undi generasi muda seperti berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu.

Mengenai desas desus PRU-13 pula, beliau yakin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mengadakannya pada tahun 2012.

"Dia lebih berminat untuk mengadakannya pada 2012.

"Kemungkinan PM akan membentangkan (melancarkan) Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) pada Jun 2010 di Parlimen," katanya.


Baca seterusnya...

Siapa yang cekap? PDRM atau HKL?

25 January 2010 · 0 comments

Sumber: http://www.pas.org.my/
Ditulis oleh Dato' Hj. Mahfuz Omar
MONDAY, 25 JANUARY 2010 01:39

Polis telah berjaya menangkap suspek yang dikata mengebom dan membakar gereja metro tabernacle AG desa Melawati. Suspek ditangkap selepas dia datang ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapat rawatan.

Suspek tersebut dikatakan mendakwa muka kiri,tangan dan dadanya terkena api ketika membakar sampah. Tindakannya menimbulkan kecurigaan pihak hospital dan pihak hospital terus menghubungi Polis. Maka berlakulah penangkapan suspek pertama yang membawa kepada penahanan tujuh suspek yang lain.

Isunya ialah, sebelum ini Polis telah menyatakan sudah pun mengenali lakaran wajah mereka yang dikatakan terlibat dalam pengeboman dan pembakaran gereja. Tapi malangnya polis tak berjaya menahan lelaki yang dikenal parti lakaran wajahnya. Tapi sebaliknya, penahanan hanya dibuat bila suspek yang pertama datang ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapat rawatan dan pihak hospital curiga terus menelefon Polis.

Persoalannya kalau suspek tak cedera dan tak pergi ke HKL mungkin hingga kini belum ada penahanan keatas orang yang dikata terlibat. Jadi yang cekapnya pihak HKL. Bila dia tengok suspek agak mecurigakan dia telefon Polis. Baru Polis datang tahan suspek.

Saya ucap tahniah pada HKL kerana kecekapan dan kepekaan merekalah yang membawa pada penahanan suspek.Tetapi penahanan tersebut hanya baru peringkat suspek. Soalan saya adakah suspek yang ditahan Polis menyerupai lakaran wajah yang dikenal pasti Polis sebelum ini.

Kalau tak sama dengan lakaran wajah yang dilakarkan oleh Polis maknanya Polis gagal mengesan dan membendung kejadian pengeboman dan pembakaran gereja dan kini berlarutan kepada pembakaran dan pencerobohan surau.

Adakah dengan tahap kecekapan pihak Polis yang diketuai oleh Tan Seri Musa dan juga menteri yang dipertanggungjawab untuk menjaga Polis mampu mengawal keadaan.

Apakah jaminan mereka pada rakyat akan tahap keselamatan kehidupan dan harta benda rakyat. Apa yang berlaku rakyat hidup dalam kebimbangan,keresahan dan kerunsingan tentang keselamatan yang memalukan.

Dato'Hj. Mahfuz Omar
Naib Presiden PAS
Ahli Parlimen Pokok Sena


Baca seterusnya...

IKIM Rujuk Presiden PAS Isu Nama Allah

· 0 comments

Sumber: http://www.pas.org.my/
Ditulis oleh Herman Samsudeen
SATURDAY, 23 JANUARY 2010 10:28


Saya tersenyum syukur dengan berita berhubung Muzakarah Pakar anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) semalam kerana tak sangka Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan dijemput sekali.

Keterbukaan IKIM menjemput Tok Guru membuktikan bahawa beliau adalah seorang Ulama' yang disegani dan mempunyai ilmu yang tinggi untuk mengupas isu penggunaan nama Allah.

Selama ini perbincangan pakar yang dianjurkan oleh IKIM tidak pernah memanggil ulama' PAS, khususnya pemimpin utama seperti Tok Guru atau ahli Majlis Syura. Selalu PAS dan Ulama'nya dilabelkan sebagai 'penipu' dan 'taliban'.

Namun, kali ini jelas isu Allah membuka ruang untuk diskusi ilmiah yang mengangkat pemikiran para cendikiawan Islam ke tempat yang sebenarnya tanpa mengira publisiti parti.

Saya mengalu-alukan tindakan IKIM ini dan berharap ini bukanlah yang pertama dan terakhir kerana banyak lagi isu-isu penting yang perlu dibincangkan oleh Ulama' dan pemikir Islam. PAS bersedia untuk memberikan buah fikiran dalam apa jua perkara yang memberikan manfaat kepada umat Islam dan rakyat keseluruhannya.

Walaupun diskusi berkenaan tidak mewujudkan apa-apa resolusi, namun muzakarah semalam menjadi medan terbaik untuk para cendikiawan melihat isu ini dan berkongsi dari pelbagai sudut pandangan.

Menurut Harakahdaily, selain Tok Guru muzakarah semalam disertai Ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Dr Mohd Nur Manuty, bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin, Pengarah Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan Ikim Dr Mohd Sani Badron dan Felo Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik Ikim, Md Asham Ahmad.

Muzakarah yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Ikim, Nik Mustapha Nik Hassan itu turut disertai oleh Pengerusi Ikim yang juga bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, pensyarah dari Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Kamar Ainiah Kamaruzzaman, Penasihat Agama kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Dr Abdullah Md. Zain.

Cuma sedikit pelik, dari senarai di atas hanya Tun Abdullah sahaja yang hadir, sedangkan Ulama-ulama Umno tidak diundang.


Baca seterusnya...

Pesuruh Jaya PAS Pahang

Pesuruh Jaya PAS Pahang
Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

Ketua Pemuda Pas Pahang

Ketua Pemuda Pas Pahang
Ustaz Suhaimi Saad

2 Tuan Guru

2 Tuan Guru
Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat & Tuan Guru Hadi Awang

Blog Pimpinan



Sahabat

Arkib Blog

Mari Berbicara


ShoutMix chat widget