ICT Aset penting kepada pengerak kebenaran

10 January 2010 ·


Ditulis oleh Wartawan IT
SATURDAY, 02 JANUARY 2010 15:06

KUALA LUMPUR, 2 Jan - Teknologi ICT adalah satu aset yang sangat penting kepda pendokong kebenaran di seluruh dunia. Namun dalam penggunaan teknologi yang semakin canggih ini, kesan yang membawa mudarat kepada pembangunan tidak mengikut acuan Islam yang benar itulah perlu dilihat dan diutamakan.

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain berkata demikian dalam ucapan penutup di Konvensyen IT PAS Perak baru-baru ini.

Menurut beliau, dalam membicarakan tentang penggunaan ICT, kita sebenarnya tidak boleh lari daripada pendedahan dunia Internet. Kerana sistem inilah yang membuatkan perhubungan menjadi semakin pantas, canggih dan mencabar. Sekaligus, memberi kesan yang besar kepada cara manusia berinteraksi dan berkomunikasi.

"Penggunaan alat ICT pada hari ini bukan sekadar Internet dan komputer tetapi lebih daripada itu antaranya; perisian multimedia, power point, animasi, telefon bimbit, gerbang sesawang, jaringan sosial Internet, perpustakaan digital, permainan atas talian dan banyak lagi," jelasnya.

Namun katanya, umat Islam seharusnya memanfaatkan perkembangan teknologi maklumat dan seterusnya mengambil pakai kecanggihan teknologi bagi menonjolkan ciri-ciri umat Islam yang mampu memahami keupayaan dan kaedah penggunaan ICT demi memakmurkan bumi.

"Penekanan elemen ilmu yang berlandaskan al-Quran dan sunnah adalah penting dalam berinteraksi dengan dunia ICT terutamanya dalam penggunaan internet,
"Sebagai umat Islam kita perlu mengawal dan menguasai teknologi, bukannya teknologi mengawal kehidupan kita,” ujarnya dipetik berkata.

Tambahnya, PAS Perak amat menekankan agar seluruh ahli dan pimpinan PAS Perak supaya menguasai ICT lebih-lebih lagi generasi zaman sekarang yang tidak dapat dipisahkan dengan dunia teknologi yang berkembang pesat ini.

Manakala dalam konteks pengunaan teknologi terutamanya media baru yang menggabungkan media penyiaran, komputer dan satelit, kenyataan bahawa 'Islam sesuai di sepanjang masa dan di sebarang tempat' perlu diguna pakai.

Ini kerana katanya, aspek yang tetap dan yang fleksibel masih tetap berperanan sekaligus memberi kelebihan kepada Islam untuk berfungsi sebagai agama yang benar sehingga hari akhirat. Malahan ianya boleh menjadi penyampai maklumat yang benar dan telus sekiranya ia digunakan mengikut etika yang betul.

Justeru itu, beliau berharap agar penggerak IT PAS di Perak terus meningkatkan lagi gerak kerja yang terbaik dalam memastikan Islam dapat dimakmurkan.

"Serta kezaliman juga dapat ditumbangkan hasil dari penyampaian sumber maklumat yang tepat lagi benar dari PAS di negara ini," tambahnya lagi.

0 comments:

Pesuruh Jaya PAS Pahang

Pesuruh Jaya PAS Pahang
Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

Ketua Pemuda Pas Pahang

Ketua Pemuda Pas Pahang
Ustaz Suhaimi Saad

2 Tuan Guru

2 Tuan Guru
Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat & Tuan Guru Hadi Awang

Blog Pimpinan

Sahabat

Arkib Blog

Mari Berbicara


ShoutMix chat widget