Pengumuman Nazri boleh rumitkan lagi isu 'Allah' - Mahfuz

18 January 2010 ·

Ditulis oleh Malaysiakini
MONDAY, 18 JANUARY 2010 03:08

KUALA LUMPUR, 18 Jan - Pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz bahawa penganut Kristian di Malaysia Timur boleh menggunakan perkataan Allah, tetapi melarang mereka di Malaysia Barat berbuat demikian, boleh merumitkan lagi isu tersebut.

Demikian kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mengulas penyataan yang dibuat Nazri dalam satu wawancara eksklusif dengan lima wartawan daripada Borneo Post, Utusan Borneo and Oriental Daily itu semalam.

Bercakap kepada Malaysiakini, Mahfuz berkata, "Kini bukan sahaja ada dua set peraturan, tetapi menteri berkenaan juga tidak sepatutnya membuat kenyataan tersebut memandangkan proses mahkamah berhubung isu itu masih berjalan".

"Bagaimana kalau Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi? Bagaimana pula kalau ia menolaknya? (Pengumuman Nazri) akan menimbulkan lebih banyak masalah?" soal Mahfuz.

Semalam, Nazri mengumumkan bahawa penganut Kristian di Malaysia Timur boleh terus menggunakan kalimah tersebut bagi terjemahan 'God' dalam cetakan bahasa Malaysia, kerana mereka telah menggunakannya sejak 300 tahun yang lalu.

Katanya, kerajaan persekutuan bagaimanapun masih tidak bersetuju penganut Kristian di Semenanjung menggunakan perkataan Allah walaupun dalam cetakan bahasa Malaysia.

Rakyat Sabah dan Sarawak yang tinggal di Semenanjung juga mesti menghormati larangan tersebut.

Menteri itu turut berkata, penganut Kristian di Sabah dan Sarawak tidak perlu bimbang berhubung isu tersebut kerana ia sudah menjadi tradisi mereka di sana.

Mahfuz antara pemimpin PAS yang paling lantang mengkritik cara kerajaan menangani isu tersebut, yang mengakibatkan berlakunya insiden di mana beberapa gereja dibaling bom api dan menjadi sasaran perbuatan vandalisme.

Insiden tersebut berlaku selepas Mahkamah Tinggi membenarkan mingguan Katholik, Herald menggunakan perkataan Allah dalam edisi bahasa Malaysianya.

0 comments:

Pesuruh Jaya PAS Pahang

Pesuruh Jaya PAS Pahang
Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

Ketua Pemuda Pas Pahang

Ketua Pemuda Pas Pahang
Ustaz Suhaimi Saad

2 Tuan Guru

2 Tuan Guru
Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat & Tuan Guru Hadi Awang

Blog Pimpinan



Sahabat

Arkib Blog

Mari Berbicara


ShoutMix chat widget