'Juara Rakyat' salahguna wang rakyat

12 January 2010 ·

Ditulis oleh Wartawan IT
TUESDAY, 12 JANUARY 2010 02:24

KUALA LUMPUR, 12 Jan - UMNO kena jelaskan pada rakyat bahawa semua projek dan program yang Umno buat dalam siri kempen 'Umno Juara Rakyat' adalah menggunakan wang, kepakaran dan jentera umno sendiri, jelas Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Mengulas program yang dilancarkan Najib bahawa Umno telah insaf atas segala kesilapan masa lalu selepas keputusan pilihan raya umum 2008, Mahfuz menyifatkan program itu adalah merupakan usaha Umno yang terdesak untuk mengembalikan keyakinan dan sokongan rakyat pada mereka.

"Jelaskan bahawa siri kempen Umno juara rakyat adalah menggunakan wang, kepakaran dan jentera Umno sendiri. Barulah boleh Umno dabik dada kata dia juara rakyat. Kalau tidak dia hanya jadi juara menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan politik umno yang kian pudar dan mulai pupus," jelasnya.

Namun apa yang menghairankan Ahli Parlimen Pokok Sena itu katanya, kenapakah mesti 'Umno juara rakyat', bukankah Umno bersama BN memerintah Malaysia.

"Tidakkah Umno sedar yang mereka ditolak oleh rakyat ialah kerajaan BN. Nampaknya Umno hanya nak rakyat melihat umno saja yang juara rakyat dan bukannya BN, atau Umno memang sedar faktor penolakan rakyat terhadap BN adalah kerana umno yang sudah dilihat terlalu jijik oleh rakyat," katanya.

Jelasnya, program itu mungkin jawapannya sehingga Umno terpaksa bertungkus lumus untuk menampakkan yang Umno lah juara rakyat.

Beliau bagaimapun berkata tidak kisah jika Umno mahu mengajak rakyat dan mengatakan mereka juara rakyat kerana itu adalah hak masing-masing sebagai parti politik dalam usaha untuk mendapat sokongan dan dokongan rakyat.

Namun, apa yang di persoalkanya ialah, kalau Umno mahu mengaku bahawa mereka juara rakyat, adakah program dan projek yang dia buat dalam kempen Umno juara rakyat menggunakan wang, tenaga, kepakaran dan lainnya dari Umno sendiri.

"Najib umum peruntukan RM15.6 juta untuk baiki bumbung Pangsapuri Sentosa, adakah ini duit dari tabung Umno atau duit negara yang merupakan duit rakyat,

"Kenapakah projek ini diletakkan pemantauannya dibawah ICU Jabatan Perdana Menteri (JPM). Adakah gaji pegawai-pegawai ICU untuk projek ini dibayar oleh Umno?" soal Mahfuz.

Begitu juga dengan program dan projek-projek lain, jika benar Umno tidak membabitkan wang negara dan jentera kerajaan UMNO, jelaskan pada rakyat bahawa semua projek dan program yang Umno buat dalam siri kempen Umno juara rakyat adalah dari jentera umno sendiri.

Mengulas sama kempen tersebut, Ketua Penerangan PAS Setiu Dr Azman Ibrahim turut mempersoalkan kemampuan Umno untuk membuktikan mereka adalah juara rakyat atau sebaliknya khianat kepada rakyat, malah katanya, Umno masih belum berubah dan belum bersedia untuk berubah atau sememangnya mereka tidak mampu berubah.

Beliau berkata, sebenarnya, Umno tidak mampu bergerak sedikitpun kecuali dengan 3M memang telah sinonim dengan mereka iaitu Money (wang), machinery (jentera kerajaan) dan mass media.

Justeru, beliau mengajak pemimpin Umno, sekiranya merasakan mereka ‘ masih bermaruah’ agar beraksi di atas padang yang sama rata, dengan kekuatan jentera dan strategi sendiri serta berhenti salahgunakan wang rakyat.

”(Setelah itu) Kalau benar mereka muncul juara, kita solute! (tabik) kerana mereka adalah juara yang bermaruah!” tambahnya.

Sumber: http://www.pas.org.my/

0 comments:

Pesuruh Jaya PAS Pahang

Pesuruh Jaya PAS Pahang
Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

Ketua Pemuda Pas Pahang

Ketua Pemuda Pas Pahang
Ustaz Suhaimi Saad

2 Tuan Guru

2 Tuan Guru
Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat & Tuan Guru Hadi Awang

Blog Pimpinan



Sahabat

Arkib Blog

Mari Berbicara


ShoutMix chat widget