PAS mendesak Kerajaan serius tangani gejala pendatang haram

13 January 2010 ·

Ditulis oleh Wartawan IT
WEDNESDAY, 13 JANUARY 2010 06:53

KUALA LUMPUR, 13 Jan - PAS mendesak Kerajaan agar mengambil langkah serius dalam menangani gejala pendatang haram yang tinggal lebih masa dikalangan warganegara asing juga penyalahgunaan visa waktu ketibaan (Arrival Visa).

Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris berkata gejala ini bukanlah isu baru. Malah penyalahgunaan visa ketibaan dilaporkan telah banyak melibatkan warganegara India, China, Nepal, dan Nigeria didalam negara , namun PAS tidak melihat kesungguhan Kerajaan dalam hal ini.

"Disekitar Kuala Lumpur sahaja kita boleh melihat begitu ramai warganegara asing yang tinggal secara haram," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, kebanyakan rakyat India yang berada lebih masa dinegara ini dilaporkan bekerja secara haram direstoran, kedai gunting rambut, ladang dan pasar-pasar borong.

Malah rakyat dari negara China pula, terutamanya kalangan kaum wanita banyak bekerja secara haram dipusat-pusat hiburan sebagai teman sosial dan juga pekerja seks.

Begitu juga rakyat Nepal yang didapati begitu banyak bekerja secara haram dikawasan Pasar Borong dan juga pasar-pasar malam yang dahulunya dikuasai oleh warga Bangladesh.

Manakala rakyat Nigeria pula kebanyakkan tinggal melebihi masa dan menjual barangan tiruan serta melakukan jenayah bagi menyara kehidupan.

"Kehadiran mereka tanpa dikesan oleh pihak Imigresen ini adalah satu ancaman kepada masyarakat,"

Keselamatan rakyat dan peningkatkan jenayah sosial menjadi prioriti dalam usaha membanteras pendatang haram ini," jelas Ustaz Idris.

Malah baginya, jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa beliau tidak tahu di mana 39,046 warganegara India yang dilaporkan ‘hilang’ di Malaysia menjelaskan lagi sikap ketidakbertanggungjawaban kerajaan.

"Memang malang jika Perdana Menteri juga tidak tahu, kerana beliau memiliki seluruh jentera Kerajaan untuk memberitahunya," ujarnya.

"Begitu juga dengan kes model Monggolia, Altantuya Shaaribu, beliau (Najib)dan Imigresen juga tidak tahu. Malah rekod kemasukan Altantuya juga tiada, tetapi akhirnya negara kecoh Altantuya dibunuh mengunakan C4 di Shah Alam.

Jelas beliau lagi, kelimpahan warga asing dinegara ini tanpa pengetahuan pihak Kerajaan adalah satu misteri yang belum terjawab.

Oleh itu PAS katanya, mahu Kerajaan mengambil pendekatan yang tegas dengan menghapuskan Visa Ketibaan ini dan mengantikannya dengan Visa Pelancong atau Pelajar.

PAS juga mahu pihak Imigresen mengiatkan operasi memburu pendatang haram ini disamping memperbaiki sistem rekod kemasukan warganegara asing dinegara ini.

Malah, rekod-rekod kehadiran warganegara asing ini seperti dimana mereka tinggal dan apa tujuan mereka memasuki negara ini wajar diambil perhatian serta disemak setiap kali tempohnya telah tamat dengan mengadakan lawatan ke premis-premis yang telah dinyatakan oleh mereka semasa memasuki negara ini.

PAS juga menuntut kerjasama semua pihak termasuk rakyat juga amat perlu bagi mengurangkan beban kemasukan pendatang haram ini.

"Kita mahu Kerajaan mengunakan saluran diplomasi tetapi tegas dalam menangani isu ini kerana hingga ke hari belum ada rekod yang menunjukan kesan pemulihan terhadap isu ini," jelasnya lagi.

Sumber: http://www.pas.org.my/

0 comments:

Pesuruh Jaya PAS Pahang

Pesuruh Jaya PAS Pahang
Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

Ketua Pemuda Pas Pahang

Ketua Pemuda Pas Pahang
Ustaz Suhaimi Saad

2 Tuan Guru

2 Tuan Guru
Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat & Tuan Guru Hadi Awang

Blog Pimpinan



Sahabat

Arkib Blog

Mari Berbicara


ShoutMix chat widget