Sekat program cetus ketegangan kaum - DPP Pusat

19 May 2010 ·

Ditulis oleh Harakahdaily
WEDNESDAY, 12 Mei 2010 06:31

KUALA LUMPUR, 12 Mei - Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menuntut agar program seperti perhimpunan ‘Melayu Bangkit’ tidak lagi dipertimbangkan malah harus disekat daripada merebak sehingga boleh menjadi penyebab akan satu lagi peristiwa berdarah antara kaum berlaku.

Sehubungan itu, ketuanya, Nasrudin Hassan at-Tantawi menyatakan rasa kesal terhadap program yang akan diadakan pada 13 Mei 2010 di Stadium Tertutup Gong Badak yang diberi nama ‘Melayu Bangkit’ yang akan dianjurkan oleh badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) dengan kerjasama Institut Integriti Malaysia (IIM) cawangan Terengganu.
Program yang dijangka akan dihadiri oleh 10,000 peserta dengan menjemput mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai penyampai ucaptama.

Katanya, program itu jelas berunsurkan perkauman dengan mengambil sempena ‘Peristiwa Berdarah 13 Mei 1969’ yang mana telah mencetuskan satu ketegangan antara kaum yang menjadi satu titik hitam di dalam sejarah Malaysia adalah tidak wajar jika program ini diteruskan ketika Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak sibuk melaungkan slogan ‘Satu Malaysia’ yang mana lebih menumpukan kepada perpaduan kaum.

“DPPP juga membantah penglibatan IIM di dalam program ini kerana IIM yang juga merupakan sebuah badan kerajaan yang sepatutnya bertindak rasional di dalam isu ini tidak seharusnya menyertai program yang bersifat perkauman ini.

“Program ini amat merbahaya dan patut diharamkan kerana ia akan mengganggu keharmonian antara kaum yang wujud di negara kita. Sebagai sebuah badan kerajaan, sepatutnya IIM menghalang program-program yang berbentuk seperti ini bukannya sama-sama menjayakan,” ujarnya dalam memorandum bantahan penglibatan IIM di dalam perhimpunan itu.

Memorandum itu diserahkan oleh Setiausaha DPPP, Kamaruzaman Mohamad kepada Pengerusi IIM, Datuk Dr Mat Tap Salleh di pejabatnya di Menara Integriti Jalan Duta, di sini, pagi ini.

Nasrudin menambah, DPPP membantah sekeras-kerasnya perlaksanaan program itu dan juga penglibatan IIM secara langsung atau tidak langsung.

Beliau mendesak agar program itu dibatalkan demi kesejahteraan dan keharmonian kaum yang ada di Malaysia ini.

“DPPP juga menuntut agar program-program seperti ini tidak lagi dipertimbangkan malah harus disekat daripada merebak sehingga boleh menjadi penyebab akan satu lagi peristiwa berdarah antara kaum berlaku,” ujarnya lagi.

0 comments:

Pesuruh Jaya PAS Pahang

Pesuruh Jaya PAS Pahang
Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

Ketua Pemuda Pas Pahang

Ketua Pemuda Pas Pahang
Ustaz Suhaimi Saad

2 Tuan Guru

2 Tuan Guru
Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat & Tuan Guru Hadi Awang

Blog Pimpinan



Sahabat

Arkib Blog

Mari Berbicara


ShoutMix chat widget