Tegur pemimpin parti biar beradab

01 May 2010 ·

Ditulis oleh Harakahdaily
SUNDAY, 02 Mei 2010 02:47

MARANG, 2 Mei - Ahli-ahli PAS diiingatkan agar beradab ketika menegur pemimpin parti dengan menggunakan saluran yang betul dan bukan di alam maya.

Platform seperti muktamar atau mesyuarat agung parti merupakan tempat yang paling sesuai ketika menegur atau memberi pandangan.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata ahli-ahli PAS boleh memberi pandangan dan teguran kepada pimpinan parti tetapi mesti menggunakan saluran yang betul.
“Kita (ahli PAS) boleh beri pandangan, teguran dan nasihat kepada pimpinan parti tetapi atas platform yang betul.

“Kritikan kita bukan di blog atau di alam maya yang boleh dilihat oleh semua orang termasuk musuh-musuh Islam,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu kali ke-41 di Dewan Banat, Rusila, semalam.
Menurutnya, kecenderungan manusia menggunakan kemudahan teknologi maklumat mendorong kepada kritikan terbuka melalui blog-blog di alam maya.

Akhirnya, kata Ustaz Idris, perbuatan tersebut boleh mengundang perselisihan serta perpecahan sesama sendiri di dalam parti.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh, Exco Pemuda PAS Pusat, Ustaz Khairil Nizam Khairuddin dan Ketua Pemuda PAS negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah.

0 comments:

Pesuruh Jaya PAS Pahang

Pesuruh Jaya PAS Pahang
Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

Ketua Pemuda Pas Pahang

Ketua Pemuda Pas Pahang
Ustaz Suhaimi Saad

2 Tuan Guru

2 Tuan Guru
Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat & Tuan Guru Hadi Awang

Blog Pimpinan



Sahabat

Arkib Blog

Mari Berbicara


ShoutMix chat widget